Harian Metro

Pelajar lemas ditemui

-

Kuantan: Pelajar kolej vokasional daerah ini yang hilang ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur dekat Sungai Lembing di sini, kelmarin, ditemui lemas semalam.

Mayat Muhammad Haziq Hamidi, 19, yang berasal dari Balok itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia hanyut pada jam 12.40 tengah hari.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Sani Harul berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menyambung operasi itu jam 7.30 pagi menemui mangsa terdampar di beting pasir di belakang rumah pam dekat Simpang Mayong, Sungai Lembing.

Menurutnya, identiti mangsa disahkan keluargany­a sejurus mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk dibedah siasat.

“Pagi ini sektor pencarian diperluask­an dan kita gunakan khidmat Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) selain menggunaka­n bot.

“Mangsa akhirnya ditemui 24 jam selepas kehilangan­nya dan penemuan itu membolehka­n operasi ditutup pada jam 12.45 tengah hari,” katanya di sini, semalam.

Kelmarin, mangsa bersama 16 rakannya dilapor ke kawasan perkelahan itu untuk mandi-manda sebelum hanyut dibawa arus deras pada jam 11.10 pagi.

Seorang lagi rakannya, Mohamad Shahrel Izwan Mat Alias, 19, dikatakan turut hanyut tetapi diselamatk­an rakan mereka dan orang awam.

Susulan kehilangan itu, rakan mereka menghubung­i pihak berkuasa dan operasi SAR dimulakan jam 12.05 tengah hari sebelum disambung semula pagi semalam.

Seramai 17 anggota bomba dan penyelamat terbabit dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

 ??  ?? MAYAT Muhammad Haziq Hamidi, ditemui 1.5 lilometer dari lokasi hilang.
MAYAT Muhammad Haziq Hamidi, ditemui 1.5 lilometer dari lokasi hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia