Harian Metro

Bapa tawar RM5,000 kesan perogol anak

-

Melaka: Seorang bapa sanggup menawarkan wang tunai RM5,000 kepada pemberi maklumat sehingga berjaya menangkap lelaki yang didakwa merogol serta menculik anak perempuann­ya sejak 3 April lalu.

Status bapa mangsa yang juga gadis bawah umur itu dimuat naik di Facebook (FB) sejak beberapa hari lalu kini tular di beberapa ‘group’ FB dipercayai selepas anak perempuann­ya berusia 15 tahun, pulang ke rumah neneknya di Balai Panjang, di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, bapa mangsa sudah membuat laporan polis dan pihak berkuasa kini menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Mohd Nor Yhazid Idris berkata, mangsa tidak lagi bersekolah selepas tamat Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3).

Beliau berkata, mangsa tinggal bersama ibu saudara di Seremban dan ada kalanya bersama neneknya di Balai Panjang, di sini.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur penculikan malah gadis terbabit mengenali suspek yang juga teman lelakinya sejak Januari lalu.

“Kami masih menjalanka­n siasatan g dilakukan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ negeri dan sehingga kini, belum ada tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, mangsa sudah ditemui apabila pulang ke rumah neneknya di Balai Panjang pada 19 April lalu.

Katanya, mangsa kini berada di Hospital Melaka dan ditahan wad untuk pemantauan dan pemeriksaa­n kerana bapa mangsa mendakwa anaknya dirogol.

Dalam pada itu, Mohd Nor Yhazid mengesahka­n pihaknya kini memburu lelaki berusia 25 tahun seperti gambar yang ditularkan bapa mangsa di laman FB.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah membabitka­n kesalahan mencuri dan curi kenderaan.

Mengulas mengenai tawaran wang tunai dibuat bapa mangsa, beliau berkata, terpulang kepada pihak berkenaan tetapi menegaskan polis akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

 ?? Mohd Nor Yhazid Idris ?? Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah”
Mohd Nor Yhazid Idris Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia