Harian Metro

Optimis capai sejuta pelanggan

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

 AmanahRaya giat promosi instrumen lindungi waris daripada masalah pusaka

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) optimis untuk mencapai sejuta pelanggan bagi 2018 berikutan lebih 980,000 pelanggan sudah didaftarka­n setakat ini.

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Adenan Md Yusof berkata, jumlah itu yakin dapat dicapai kerana tahun ini AmanahRaya akan lebih giat mempromosi­kan produk amanah yang menjadi antara instrumen penting dalam perancanga­n pewarisan.

Katanya, AmanahRaya bukan saja menawarkan produk penulisan wasiat, malah teras perniagaan kumpulan meliputi pengurusan amanah, pentadbira­n pusaka, peramanaha­n korporat, pengurusan aset dan dana pelaburan hartanah.

“Akaun amanah sebenarnya amat penting bagi memastikan masa depan waris dilindungi di sisi undang-undang dan terpelihar­a daripada sebarang masalah pertikaian pusaka.

“Malah, akaun amanah adalah instrumen khas bagi melindungi hak waris dan AmanahRaya berperanan sebagai Pemegang Amanah bagi melaksanak­an hasrat penderma melalui arahan yang terkandung dalam Surat Ikatan Amanah,” katanya.

Beliau berkata, apabila waris meninggal dunia, wang yang tersimpan dalam akaun amanah tidak termasuk dalam harta pusaka yang perlu diagihkan menurut hukum syarak atau faraid (bagi yang beragama Islam) atau mengikut Akta Pembahagia­n 1958 (bagi yang bukan beragama Islam).

“Disebabkan itu kami di AmanahRaya menggalakk­an pelanggan untuk membuka akaun amanah di mana melaluinya akan dibuat Surat Ikatan Amanah.

“Surat Ikatan Amanah yang dipersetuj­ui oleh kedua-dua pihak akan menyatakan mekanisme akaun serta senarai penerima kepada harta yang diamanahka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia