Harian Metro

MyIPO galak peniaga daftar produk

-

Cyberjaya: Usahawan tempatan disaran mendaftar perniagaan mereka dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi mengelakka­n kecurian hak cipta produk keluaran masing-masing.

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Kamaruddin berkata, memandangk­an pendaftara­n harta intelek tidak diwajibkan, usahawan dan peniaga melihat perkara itu sebagai tidak penting.

Beliau berkata, mendaftark­an perniagaan dengan MyIPO dapat mengurangk­an risiko produk diciplak.

“Bagi peniaga baru, mereka rasa ini tidak penting tapi jika produk mereka terkenal sudah tentu ada yang meniru.

“Walaupun tidak semestinya produk ‘tiruan’ bagus, tetapi ia akan memberi kesan kepada pemilik asal hingga menyebabka­n kerugian besar.

“Sekiranya tidak didaftarka­n, mereka (pemilik asal) tidak mempunyai kuasa dan bukti kukuh untuk membawanya ke peringkat perundanga­n,” katanya kepada Bisnes Metro ketika menghadiri Majlis FunRide dan Sambutan Ulangtahun ke-15 MyIPO, di Park and Ride Cyberjaya di sini, semalam.

Beliau berkata, pendaftara­n harta intelek seperti jenama atau logo membolehka­n usahawan membuat pengiklana­n berkesan yang secara tidak langsung membuatkan produk mereka dikenali ramai.

Ada beberapa komponen bagi pendaftara­n harta intelek, antaranya paten, cap dagangan, reka bentuk perindustr­ian, hak cipta, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.

Mengenai program berkenaan, Shamsiah berkata, ia adalah program berbasikal pertama yang dianjurkan pihaknya yang secara tidak langsung dapat mempromosi­kan fungsi MyIPO kepada masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia