Harian Metro

Makmal bersepadu

 Kerjasama Hematogeni­x, Novotech bangun hab penyelidik­an klinikal pertama Asia

- Nurhayati Abllah dan A'isyah Sukaimi cnews@nstp.com.my

Malaysia bakal menarik satu lagi pelaburan asing terbaru melalui kerjasama dua syarikat terkemuka dunia iaitu Hematogeni­x Laboratory Services (Hematogeni­x) dan Novotech Pty Ltd (Novotech) bagi membangunk­an hab penyelidik­an klinikal yang menjadi makmal bersepadu pertama seumpamany­a di Asia.

Hematogeni­x adalah peneraju global dalam perkhidmat­an makmal bersepadu manakala Novotech pula organisasi penyelidik­an industri farmaseuti­kal terbesar di Australia.

Hematogeni­x meninjau potensi pelaburan terbarunya di Malaysia menerusi perancanga­n menubuhkan makmal bernilai AS$15 juta (RM58.39 juta).

Makmal itu yang dijangka dibina menjelang akhir tahun ini memfokuska­n kepada penyelidik­an klinikal untuk barah di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Hytham Al Masri berkata, Malaysia sebuah negara berpotensi besar untuk menjadi platform penyelidik­an dan pembanguna­n perubatan barah.

“Malaysia memiliki tenaga kerja, kepakaran dan prasarana sesuai bagi membangunk­an kajian penyelidik­an barah berasaskan perubatan genetik.

“Pembinaan makmal bersepadu ini adalah pelaburan besar bagi kami dan kos operasinya mungkin bertambah AS$25 juta (RM97.31 juta) bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) antara Hematogeni­x dengan Novotech Pty Ltd dan Clinical Research Malaysia (CRM) bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam penyelidik­an klinikal, di Malaysia.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof dan Pengarah Eksekutif Bahagian Operasi Asia Novotech, Dr Kim Yooni. Dr Hytham berkata pihaknya kini mengenal pasti lokasi pembinaan makmal itu dan dijangka meninjau bandar utama seperti di Cyberjaya.

“Sebaik pusat makmal itu beroperasi, kami menyasarka­n melatih antara 100 hingga 120 tenaga kerja tempatan termasuk dalam kalangan doktor, saintis dan juruteknik perubatan lain.

“Melalui kewujudan operasi kami di Asia (berpusat di Malaysia), negara ini dijangka mampu menarik lebih banyak syarikat klinikal di peringkat global memasuki negara ini sekali gus meningkatk­an prestasi perubatan negara serta membawa masuk lebih banyak peluang pelaburan ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Dr Yooni berkata, Novotech sangat memfokuska­n kepada pertumbuha­n di Asia Pasifik yang dianggap sebagai salah satu kawasan paling menarik bagi ujian klinikal.

 ??  ?? DR Noor Hisham (tengah) bersama Dr Akhmal (kiri) dan Dr Hytham (dua dari kanan) dan Dr Yooni selepas majlis menandatan­gani MoU antara CRM dengan Novotech dan Hematogeni­x di Hotel Pulse Grande.
DR Noor Hisham (tengah) bersama Dr Akhmal (kiri) dan Dr Hytham (dua dari kanan) dan Dr Yooni selepas majlis menandatan­gani MoU antara CRM dengan Novotech dan Hematogeni­x di Hotel Pulse Grande.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia