Harian Metro

Cawangan ke-14 TH

-

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) merasmikan Pejabat TH Cawangan Tanjung Malim, Perak.

TH Tanjung Malim adalah satu daripada 14 cawangan TH di negeri Perak.

Cawangan ini memberi manfaat kepada lebih 22,000 pendeposit dan bakal jemaah haji di sekitar Tanjung Malim.

Perpindaha­n cawangan ini sejajar inisiatif TH bagi menyediaka­n perkhidmat­an lebih baik dan selesa kepada komuniti sekitar Tanjung Malim dan persempada­n Perak-Selangor.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Datuk Rosni Sohar berkata, pendeposit yang mempunyai akaun TH yang tidak aktif dinasihat untuk mengaktifk­an akaun masing-masing antaranya dengan melakukan transaksi simpanan ataupun pengeluara­n.

Katanya, pengaktifa­n akaun ini bagi membolehka­n pendeposit TH untuk mendapat semua manfaat serta hibah tahunan atau hibah haji.

“Akaun yang tidak mempunyai sebarang transaksi selama tujuh tahun diklasifik­asikan sebagai akaun tidak aktif dan tidak layak menerima manfaat.

“Selain daripada pembukaan akaun TH, antara perkhidmat­an lain yang ditawarkan di cawangan ini adalah urusan berkaitan haji, simpanan dan pengeluara­n, hibah amanah dan penamaan waris,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n.

Sebagai langkah meningkatk­an kualiti perkhidmat­an yang berterusan, TH sentiasa mengambil perhatian terhadap segala maklum balas daripada pendeposit dari semasa ke semasa.

Pendeposit yang mempunyai pertanyaan berkaitan perkhidmat­an TH boleh berhubung terus dengan TH Contact Centre (THCC) di talian 03 -62071919 atau e-mel kepada th-info@lth.gov.my.

 ??  ?? ROSNI (dua dari kanan) merasmikan cawangan TH Tanjung Malim.
ROSNI (dua dari kanan) merasmikan cawangan TH Tanjung Malim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia