Harian Metro

KAPB buka hospital swasta

-

Jaya: Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) merancang untuk membuka hospital swasta yang dijangka beroperasi pada Disember 2018 atau awal tahun depan.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Datuk Ilyas Mohamed berkata, pembukaan hospital swasta itu antara usaha koperasi berkenaan dalam mempelbaga­ikan portfolio dana pelaburann­ya.

Beliau berkata, usaha itu dilaksanak­an menerusi proses pengambila­lihan sebuah hospital swasta yang terletak di kawasan strategik di Petaling Jaya.

“Berdasarka­n permintaan dan keperluan semasa, kami sentiasa mencari peluang baru dalam memperting­kat saiz dana pelaburan koperasi dan segmen ini antara cabang yang berpotensi.

“Apa yang menarik, hospital baru ini bakal menggunaka­n model perniagaan dan menggunaka­n cara operasi hospital dari Amerika Syarikat (AS), sekali gus mampu mengubah landskap dalam sektor ini.

“Model hospital ini dari New York dan buat masa ini kami hanya dapat mengesahka­n mengenai pembukaann­ya dan pelaburan mengenainy­a masih belum didedahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KAPB kali ketiga di sini, semalam.

Pada AGM itu, KAPB mengumumka­n agihan dividen 10 peratus kepada semua ahlinya manakala prestasi kewangan 31 Disember 2017 mencatatka­n perolehan RM15.3 juta dan untung bersih RM13.8 juta.

Ilyas berkata, selain segmen kesihatan, KAPB turut meninjau untuk meneroka segmen media penyiaran dan bakal memperkena­lkan saluran televisyen berkonsepk­an hiburan dan komedi pada hujung tahun ini.

Menurutnya, meskipun landskap dunia media sedikit mencabar, namun dengan pengenalan konsep saluran itu, ia mempunyai potensi untuk mendapat permintaan oleh penonton dalam negara.

Katanya, pihaknya turut menjalin usaha sama de- ngan pakar dalam industri itu, Datuk Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal bagi menerajui pertumbuha­n segmen pelaburan baru itu.

 ??  ?? ILYAS
ILYAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia