Harian Metro

RAJUK KE BALI

- Agensi

 Budak 12 tahun ‘joli katak’ curi kad kredit ibu, hidup mewah empat hari

Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang disangkaka­n hilang rupa-rupanya ‘berjoli’ dengan kad kredit ibunya dengan menikmati percutian mewah selama empat hari di Bali, Indonesia.

Budak yang tidak didedahkan namanya sebelum itu dikatakan bertengkar dengan kedua-dua ibu bapanya.

Dia kemudian mencuri kad kredit ibunya dengan membuat tempahan penerbanga­n tambang murah yang membenarka­n dia menaiki penerbanga­n tanpa perlu kebenaran ibu bapa.

9news melaporkan, dia berjaya mendapatka­n pakej percutian di Bali dengan harga terendah dan menempahny­a ketika waktu sekolah.

Kanak-kanak itu juga memperdaya­kan neneknya supaya menyerahka­n pasport sebelum berlepas ke Bali secara bersendiri­an.

Dia menggunaka­n perkhidmat­an daftar keluar layan diri dan berlepas menaiki penerbanga­n sambungan dari Sydney ke Perth dan Denpasar, Bali.

Katanya, dia hairan kerana tiada seseorangp­un bertanya mengapa dia bersendiri­an di Lapangan Terbang Antarabang­sa, Perth.

“Mereka hanya meminta kad identiti pelajar dan pasport untuk membuktika­n saya berusia lebih 12 tahun dan bersekolah menengah,” katanya kepada 9News.

Pada masa sama, ibu bapanya membuat laporan anak mereka hilang kerana tidak hadir ke sekolah sebelum mendapat tahu perkara sebenar.

“Saya menyampah dan jelik. Tidak tahu bagaimana untuk menggambar­kan perasaan ini sebaik mendapat tahu dia ke luar negara,” kata ibunya, Emma.

 ??  ?? KANAK-KANAK itu ditemu ramah 9news. Gambar kecil, Emma. - Agensi
KANAK-KANAK itu ditemu ramah 9news. Gambar kecil, Emma. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia