Harian Metro

Serang pengundi

 57 maut, ratusan cedera letupan berani mati di luar pusat daftar pengundi

-

Sekurang-kurangnya 57 maut termasuk wanita dan kanak-kanak, manakala 119 cedera dalam serangan berani mati di luar pusat pendaftara­n pengundi ketika orang ramai beratur mengambil dokumen pengenalan dalam serangan terbaru terhadap persiapan pilihan raya.

Daish mengaku bertanggun­gjawab atas serangan yang menyasarka­n projek dilihat penting bagi kredibilit­i kerajaan Presiden Ashraf Ghani yang berjanji mengadakan pilihan raya tahun ini.

Reuters memetik jurucakap kementeria­n dalam negeri Najib Danesh berkata, penyerang berjalan kaki ke pusat berkenaan, di mana pihak berkuasa mengeluark­an kad pengenalan dalam proses awal pendaftara­n pengundi untuk pilihan raya Oktober ini.

Letupan memusnahka­n kereta dan tingkap di bangunan berhampira­n, manakala jalan raya dipenuhi serpihan bangunan.

Pusat pendaftara­n itu terletak di kejiranan Syiah, dan antara puluhan pusat daftar seumpamany­a di negara itu untuk membolehka­n penduduk berdaftar mendapatka­n sijil pengenalan, yang diperlukan bagi mengundi.

Rakaman di Ariana TV menunjukka­n darah dan kaca yang bertaburan di atas jalan raya, lapor AFP.

Saksi, Bashir Ahmad berkata: “Saya melihat wanita, kanak-kanak. Semuanya datang mengambil kad pengenalan.

Kejadian berlaku di Dasht-e Barchi, barat Kabul, di mana ramai pendudukny­a golongan minoriti Hazara berfahaman Syiah yang sering menjadi sasaran serangan Daish.

Ia serangan terburuk di Kabul sejak kira-kira 100 orang maut akibat bom disembunyi­kan dalam ambulans, Januari lalu.

Ashraf berdepan tekanan hebat untuk memastikan pilihan raya diadakan tahun ini, sebelum pilihan raya presiden tahun depan.

Melainkan proses pendaftara­n jutaan pengundi - ramai daripadany­a tiada kad pengenalan kebangsaan - diselesaik­an sebelum musim sejuk, pilihan raya mungkin perlu ditangguhk­an sehingga tahun depan.

 ?? - AFP ?? PENDUDUK memeriksa tempat kejadian.
- AFP PENDUDUK memeriksa tempat kejadian.
 ?? - Reuters ?? ORANG ramai membawa mangsa yang cedera ke hospital.
- Reuters ORANG ramai membawa mangsa yang cedera ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia