Harian Metro

PETANDA POSITIF

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

 Skuad badminton negara rangkul dua gelaran di Cabaran Antarabang­sa Malaysia

Pujian harus diberikan buat skuad badminton negara walaupun gagal menyapu bersih semua gelaran pada aksi final kejohanan Cabaran Antarabang­sa Malaysia, semalam.

Dua gelaran yang diraih di Stadium Juara, Bukit Kiara masih boleh dianggap satu petanda positif buat skuad badminton kebangsaan.

Pada aksi pembukaan semalam, pengalaman jelas menjadi ukuran buat pilihan utama, Soong Fie Cho-Tee Jing Yi selepas mengetepik­an rakan senegara Lim Chiew Sien-Tan Sueh Jeou 21-13, 21-10 dalam acara beregu wanita.

“Kami amat gembira dapat meraih gelaran sulung musim ini tapi saya rasa ia menjadi selesa apabila kami berdepan dengan rakan senegara. Kami selalu berlatih bersama dan sudah tahu corak permainan masing-masing,” kata Jing Yi yang baru saja bertukar ke bahagian beregu wanita daripada perseorang­an tahun lalu.

Pasangan negara itu, yang mengambil alih selaku gandingan nombor satu negara selepas ketiadaan Woon Khe Wei dan Lee Meng Yean (cedera), berlepas ke Wuhan, China malam tadi untuk beraksi pada Kejohanan Badminton Asia.

Pada final perseorang­an wanita, naib juara remaja dunia 2015, Lee Ying Ying

masih belum dapat mengakhiri kemarau kejuaraan apabila tumpas 10-21, 24-22, 14-21 kepada pemain muda China, Wang

Zhiyi.

“Tuah tidak memihak kepada saya. Bagaimanap­un, aksi saya tidak terlalu teruk cuma melakukan beberapa kesilapan pada set penentuan. Saya bertekad untuk bangkit semula selepas ini,” kata

Ying Ying yang sedar kemenangan mampu menjamin tempatnya dalam skuad

Piala Uber.

Sejak meraih gelaran Siri Antarabang­sa Romania pada 2016, Ying Ying sudah beraksi dalam tujuh perlawanan akhir yang mana semuanya berakhir dengan kekalahan.

Bagi final perseorang­an lelaki, Tan Jia Wei mengakui gagal memberikan aksi terbaik selepas tumpas dua set terus 18-21, 19-21 kepada pemain Taiwan, Hsueh Hsuan Yi.

Bagaimanap­un, tumpuan aksi final semalam dan

(gambar)

mendapat sokongan padu terarah kepada pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik walaupun mereka tumpas namun berjaya memberi tentangan sengit kepada bekas juara dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan sebelum kecundang 17-21, 21-17, 19-21.

Aaron-Wooi Yik setakat ini sudah mara ke perlawanan akhir sebanyak tiga kali sejak 2017 dan berada pada ke- dudukan terbaik untuk disenaraik­an dalam skuad Piala Thomas bulan depan.

Juara perseorang­an berjaya meraih AS$1,875 (RM7,300), manakala untuk beregu AS$1,975 (RM7,700). Semua naib juara meraih AS$950 (RM3,700).

 ?? FOTO: SAIRIEN NAFIS ?? FIE Cho (kiri) dan Jing Yi beraksi menentang rakan senegara pada final Cabaran Antarabang­sa Malaysia.
FOTO: SAIRIEN NAFIS FIE Cho (kiri) dan Jing Yi beraksi menentang rakan senegara pada final Cabaran Antarabang­sa Malaysia.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia