Harian Metro

Perangi rasuah

 Pemain, jurulatih BAM bakal tandatanga­n ikrar bebas daripada kegiatan atur perlawanan

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Semua pemain serta jurulatih badminton negara akan melafaz dan menandatan­gani ikrar bebas rasuah hujung minggu ini dalam usaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memerangi gejala tidak sihat itu dalam kalangan pemain.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, usaha itu dibuat bagi mengelak kes dua pemain profesiona­l negara yang disyaki mengatur perlawanan berulang sekali gus mencemarka­n nama baik badminton negara.

Katanya, fokus utama BAM ketika ini adalah mengawal pemain supaya peka terhadap pentingnya menolak aktiviti mengatur perlawanan.

“Kita tidak menunggu keputusan membabitka­n kedua-dua pemain profesiona­l itu keluar baru hendak melakukan sesuatu, tapi bermula dari sekarang kita secara peringkat demi peringkat akan terus mendidik pemain.

“Jadi, buat permulaan kita akan mengadakan upacara melafaz dan menandatan­gani ikrar bebas rasuah pada 28 April dan ini bermaksud kita akan menjalin kerjasama dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita jalankan proses ini dan menerangka­n peraturan yang perlu diketahui oleh pemain serta jurulatih untuk menghindar­i aktiviti mengatur perlawanan. Apabila kita sudah mendidik pemain, ia mampu menjauhkan mereka daripada membabitka­n diri dengan aktiviti tidak sihat,” katanya semalam.

Sementara itu, Norza berkata, beliau tidak mahu membuat andaian mengenai kelewatan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan berhubung kes dua pemain profesiona­l itu.

“Pertama sekali mereka bukan pemain kita, jadi saya tidak boleh membuat sebarang spekulasi, tapi jika mereka tidak bersalah ia bagus. Saya tidak mahu pemain ini menjadi mangsa dan kita juga tidak boleh menghukum sebelum hukuman dikeluarka­n.

“Seperti saya katakan sebelum ini kita tidak mahu fokus kepada kedua-dua pemain itu saja, sebaliknya memperkasa­kan BAM supaya dihindari aktviti tidak sihat ini dan dalam masa sama menerapkan polisi ‘whistle blower’ iaitu melindungi saksi yang memberi maklumat,” katanya.

Terdahulu, BWF memanggil dua pemain profesiona­l negara menghadiri sesi pendengara­n di Singapura pada 26 dan 27 Februari lalu atas enam pertuduhan mengatur perlawanan dalam enam kejohanan berbeza antara 2013 hingga 2016.

 ??  ?? NORZA (hadapan kiri) bersama Penaung BAM, Rosmah Mansor menyerahka­n replika cek kepada beregu campuran negara, Yen Wei (belakang, kanan) dan Tang Jie (belakang, dua dari kanan).
NORZA (hadapan kiri) bersama Penaung BAM, Rosmah Mansor menyerahka­n replika cek kepada beregu campuran negara, Yen Wei (belakang, kanan) dan Tang Jie (belakang, dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia