Harian Metro

Tang Jie-Yen Wei sedia galas cabaran lebih besar

- Fabian Peter fabian@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara yang baru digandingk­an, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei memberi isyarat mereka mampu mencapai kejayaan besar buat badminton negara.

Semalam, Tang Jie-Yen Wei yang digandingk­an awal tahun ini, berjaya meraih kejuaraan sulung antarabang­sa selepas muncul juara pada Cabaran Antarabang­sa Malaysia di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Beraksi buat kali kelima dalam kejohanan musim ini, Tang Jie-Yen Wei melakukan kebangkita­n luar biasa ketika saingan akhir beregu campuran, selepas tumpas set pertama sebelum mengalahka­n beregu Indonesia, Andika Ramadiansy­ah-Mychelle Crhystine Bandoso 12-21, 23-21, 21-13.

“Ia satu perasaan yang luar biasa apabila kami berjaya meraih kejuaraan sulung tapi ini baru permulaan.

“Kami masih lagi gandingan baru dan masih jauh perjalanan yang perlu dihadapi sebelum mencapai tahap seperti pasangan senior. Bagaimanap­un, kami akan sentiasa bekerja keras untuk menjadi pasangan yang kuat.

“Kejayaan ini setidak-tidaknya menaikkan keyakinan kami,” kata Yen Wei yang berusia 22 tahun dan pernah digandingk­an dalam tempoh singkat bersama pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Chan Peng Soon tahun lalu.

Sementara itu, Tang Jie menyatakan sasaran mereka selepas ini adalah untuk terus memperting­katkan prestasi dan berharap mampu meraih lebih banyak kejuaraan.

“Kami tidak boleh berhenti di sini saja. Kami harus bekerja keras untuk meningkatk­an prestasi. Saya harap selepas ini kami mampu meraih kejuaraan di kejohanan lebih besar,” kata Tang Jie.

Kami tidak boleh berhenti di sini saja. Kami harus bekerja keras untuk meningkatk­an prestasi. Saya harap selepas ini kami mampu meraih kejuaraan di kejohanan lebih besar”

Chen Tang Jie

 ??  ?? TANG Jie (kiri) bersama Yen Wei.
TANG Jie (kiri) bersama Yen Wei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia