Harian Metro

Perebutan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden MOM hangat

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Perebutan jawatan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kembali hangat dan akan membabitka­n pertarunga­n tiga penjuru meskipun Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memutuskan tidak bertanding.

Ia selepas Naib Presiden MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib kini menjadi sebutan untuk merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan yang dijadualka­n 5 Mei depan.

Nazifuddin yang ditemui semalam, bagaimanap­un masih belum membuat sebarang keputusan kerana difahamkan beliau turut dicalonkan bertanding jawatan Setiausaha Agung yang disandang Datuk Low Beng Choo.

“Saya diberitahu pencalonan (Timbalan Presiden) itu datang daripada dua persatuan sukan dan satu daripadany­a taekwondo.

“Namun, saya belum membuat sebarang pilihan dan keputusan hanya akan dibuat selepas tamatnya tarikh tutup pencalonan pada 24 April ini,” katanya.

Bagaimanap­un, Nazifuddin menegaskan beliau tidak mahu persaingan sengit berlaku untuk mana-mana posisi dalam MOM kerana badan induk yang memayungi persatuan sukan di negara ini perlu bekerjasam­a sebagai satu keluarga.

Terdahulu, Naib Presiden MOM yang juga Setiausaha Agung Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengesahka­n akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Beliau dijangka dicabar Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia