Harian Metro

NAK KRITIK LAGI TAK?

- AFP

 Mourinho diamkan mulut pengkritik selepas bawa Red Devils ke final Piala FA

London

Pengendali Manchester United, Jose Mourinho percaya kritikan yang dilemparka­n terhadap pasukannya musim ini adalah tidak wajar selepas Red Devils bangkit daripada ketinggala­n satu gol untuk menewaskan Tottenham Hotspur 2-1, sekali gus melangkah ke pentas final Piala FA Inggeris kali ke-20.

Jaringan Alexis Sanchez dan Ander Herrera memadamkan gol pembukaan Dele Alli untuk membawa United ke pentas final buat kali ketiga selama kurang dua tahun di bawah bimbingan Mourinho yang sudah membantu pasukan memenangi Liga Europa dan Piala Liga musim lalu.

Keputusan seri 2-2 membabitka­n Liverpool dan West Brom pada saingan Liga Perdana Inggeris juga bermakna United hanya memerlukan tujuh mata daripada baki empat perlawanan untuk mengesahka­n kedudukan di tangga kedua liga di belakang Manchester City selaku juara.

“Anda perlu bertanya kepada diri sendiri mengapa terlalu banyak kritikan terhadap United?” kata Mourinho.

“Kami mampu menamatkan saingan liga di tangga kedua dengan memerlukan hanya tujuh mata. Untuk melakukann­ya dengan bertemu semua pasukan hebat adalah satu pencapaian besar bagi kelab yang gagal melakukann­ya sejak beberapa tahun lalu.

“Kami memerlukan dua kemenangan dan satu seri untuk mengesahka­n kedudukan kedua liga di belakang City, pasukan yang cukup hebat musim ini.

“Saya rasa di tempat kedua dengan mengumpul 81 mata adalah satu musim yang cemerlang dan kemudian kami berjaya mara ke final Piala FA dengan sokongan padu penyokong,” katanya.

Nasib berbeza dialami Spurs yang tewas lapan kali berturut-turut pada separuh akhir Piala FA sekali gus menyaksika­n mereka perlu menunggu lebih lama lagi untuk memenangi piala.

“Kami mahu memenangi piala dan tidak boleh terus meraih keputusan seperti ini.

“Kami tidak boleh mensia-siakan peluang lagi dan untuk itu, kami perlu mempamer aksi lebih baik,” kata Alli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia