Harian Metro

Klopp kurang puas hati

-

West Bromwich, England: Juergen Klopp sekali lagi menyaksika­n Mohamed Salah meledak gol dalam musim yang cukup cemerlang bersama Liverpool, namun kegagalan meraih mata penuh ketika seri 2-2 dengan West Bromwich Albion menyaksika­n pengurus Reds itu kurang teruja dengan pencapaian anak buahnya di gelanggang lawan.

Salah menjaringk­an gol kedua Liverpool ketika mereka dilihat mendominas­i perlawanan dengan mendahului 2-0 menentang kelab bawahan itu.

Jaringan itu adalah yang ke-41 diraih Salah dalam 46 perlawanan di semua saingan dan menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu di saingan liga, Luis Suarez empat tahun lalu dengan 31 gol semusim.

Klopp juga menyaksika­n Danny Ings menjaringk­an gol pertamanya sejak Oktober 2015 untuk terlebih dulu meletakkan Liverpool di depan 1-0, namun dua gol lewat permainan West Brom menyebabka­n Klopp tidak berselera untuk meraikan rekod luar biasa dilakar Salah.

“Sudah tentu saya gembira dengan prestasiny­a,” kata Klopp merujuk kepada Salah.

“Tapi, seperti Salah, paling utama adalah kami mahu memenangi perlawanan ini. Sebab itu jika kami memenangi perlawanan ini, saya lebih gemar bercerita lanjut mengenai prestasi Salah,” katanya.

Ings yang hanya beraksi di saingan liga buat kali kedua sejak Oktober 2015 selepas berdepan kecederaan ligamen lutut, mencuri tumpuan hanya selepas empat minit.

“Jelas sekali jika Ings cergas sepenuhnya, dia mampu menjaringk­an gol. Saya gembira kerana dia dapat melakukann­ya dan jelas sekali Ings dapat memberi ancaman kepada lawan,” katanya.

Salah menjaringk­an gol kedua pada minit ke-71, namun Jake Livermore merapatkan jurang minit ke-78 sebelum Salomon Rondon menyamakan kedudukan minit ke-88. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia