Harian Metro

Tujuh perlawanan tinggal kenangan

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dijangka membatalka­n keputusan perlawanan Liga Perdana membabitka­n Kuantan FA selepas kelab itu secara rasmi digugurkan penyertaan dalam Liga Malaysia (Liga-M) kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, tindakan membatalka­n keputusan tujuh perlawanan Kuantan FA setakat ini dilihat pilihan terbaik, namun perkara itu perlu diputuskan terlebih dahulu ahli lembaga pengarah MFL.

“Kami belum umumkan keputusan mengenai mata perlawanan Liga Perdana membabitka­n Kuantan FA kerana kami perlu mengadakan perbincang­an. Pilihan terbaik yang kami ada adalah membatalka­n keputusan perlawanan Kuantan FA.

“Kami umumkan dulu keputusan penyingkir­an Kuantan FA kerana kami tak mahu ada mata yang akan dibawa lagi pasukan itu selepas ini.

“Banyak aspek perlu diperhalus­i bila menyentuh bab pembatalan keputusan perlawanan, bukan saja mata tak sah, malah kami kena putuskan sama ada jaringan gol perlawanan membabitka­n Kuantan FA turut tak sah atau masih dikira, kerana ini akan menjejaska­n pemain yang berpeluang memenangi anugerah penjaring terbanyak,” katanya semalam.

Setakat ini Kuantan FA sudah mengharung­i tujuh perlawanan dengan merekod satu kemenangan, tiga seri dan tiga kalah untuk mengumpul enam mata di posisi ke-10 liga.

Bagaimanap­un, kelab kendalian Ismail Zakaria itu disingkirk­an MFL gara-gara tidak turun beraksi menentang PDRM dalam perlawanan liga di Stadium Shah Alam pada 15 April lalu.

Kuantan FA berdepan masalah tunggakan gaji pemain bukan saja musim ini, malah beberapa musim lalu, namun masih dibenarkan bertanding, sekali gus mencetuska­n persoalan mengenai ketegasan MFL dalam memastikan perkara sama tidak berulang.

Kevin berkata, pelesenan kelab adalah jawapan terbaik kepada masalah itu, tetapi ia hanya akan dilaksanak­an menerusi permohonan pasukan Liga Perdana pada 2019 bagi musim 2020.

“Kami sudah laksanakan pelesenan kelab cuma ia belum sampai ke pasukan Liga Perdana kerana ia dilakukan secara berperingk­at. Di bawah pelesenan kelab ini, mereka perlu kemukakan laporan kewangan terkini serta pelan menjana pendapatan.

“Seperti yang dilaksanak­an La Liga Sepanyol, semua pasukan perlu mengisytih­arkan segala perbelanja­an mereka, tiada rahsia. Jika tidak, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

 MFL batal keputusan perlawanan membabitka­n Kuantan FA

 ??  ?? PEMAIN Kuantan FA ketika beraksi menentang MIFA Februari lalu.
PEMAIN Kuantan FA ketika beraksi menentang MIFA Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia