Harian Metro

Skuad futsal wanita negara pamer peningkata­n

-

Kuala Lumpur: Pengendali skuad futsal wanita kebangsaan, Addie Azwan Zainal berpuas hati dengan prestasi ditunjukka­n anak buahnya sepanjang empat aksi persahabat­an di Indonesia sejak minggu lalu.

Jelas Addie, perancanga­nnya untuk meningkatk­an prestasi skuad futsal wanita dan juga memperbaik­i kelemahan juga disifatkan berjaya mencapai sasaran dengan persiapan untuk melangkah

(gambar)

ke saingan Kejuaraan Futsal Wanita Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 kini sudah hampir lengkap.

“Kami datang ke sini dengan persediaan baik dari semua segi dan jadual perlawanan padat tidak mendatangk­an masalah kepada pemain. Mereka menunjukka­n tumpuan baik namun ada lagi yang perlu ditambah baik pada sesi latihan selepas pulang nanti.

“Komitmen pemain juga amat baik dan mereka mengikut segala taktikal dengan baik serta berdisipli­n dalam gelanggang. Saya sentiasa melahirkan keyakinan terhadap barisan pemain jadi saya mengharapk­an momentum sebegini dapat diteruskan ketika beraksi di AFC.

“Kami hanya akan berehat sehari dan kembali meneruskan latihan di sini bermula Selasa ini (esok) hingga hujung bulan ini kerana waktu sebegini sememangny­a penting,” katanya semalam.

Dalam empat aksi di Indonesia, anak buah Addie berjaya mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan yang menyaksika­n mereka terikat 3-3 menentang ISOLA FC sebelum meraih keputusan 1-1 menentang skuad futsal kebangsaan wanita Indonesia.

Mereka kemudian membenam skuad futsal kebangsaan wanita Indonesia 4-1 pada aksi ketiga sebelum menutup kempen menerusi keputusan 2-2 ke atas FKB FC.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia