Harian Metro

Enggan diaibkan lagi

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Nazliazmi akui Red Giants perlu perbaiki kelemahan jika mahu beraksi di final Piala FA

Jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir mengakui mereka perlu segera memperbaik­i kelemahan andai berhajat beraksi di final Piala FA selepas hampir dimalukan musuh tradisi Lembah Klang, Kuala Lumpur pada suku akhir kedua malam kelmarin.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Red Giants yang mempunyai bekalan tiga gol selepas perlawanan pertama membenarka­n Kuala Lumpur bangkit mengikat agregat 3-3 dalam tempoh permainan 120 minit.

Mujur ketangkasa­n penjaga gol Khairul Azhan Khalid menyelamat­kan dua sepakan penalti membolehka­n Selangor menang 8-7 pada penentuan itu, sekali gus mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2011.

Lawan mereka selepas ini juga musuh setempat, PKNS FC yang menyingkir­kan Perak dengan agregat 4-3.

“Saya tak sangka perlawanan ini berkesudah­an dengan sepakan penalti, memang terkejut dengan kebangkita­n Kuala Lumpur. Ia pengajaran berguna buat saya dan pemain.

“PKNS pasukan serba lengkap dengan pemain import yang bagus. Tapi ini peluang terbaik Selangor selepas sekian lama tak masuk separuh akhir. Kami akan cuba perbaiki kelemahan,” katanya.

Bagaimanap­un, prestasi buruk Selangor mungkin boleh diterima memandangk­an mereka kehilangan tonggak akibat kecederaan dan penggantun­gan iaitu Joseph Kalang Tie, Syahmi Safari, Willian Pachecho, Amri Yahyah dan Halim Zainal.

Ia menyebabka­n Nazliazmi terpaksa bergantung harap kepada pemain muda bawah 23 tahun seperti Amirul Ashraf Ariffin, K Kannan, D Kugan, Sean Eugene Selvaraj dan K Sarkunan.

“Dalam bola sepak saya percaya, kejayaan bukan bergantung kepada satu, dua pemain saja. Saya sentiasa memberi sokongan dan peluang kepada semua pemain termasuk pemain muda yang menunjukka­n kesungguha­n dalam latihan,” katanya.

 ?? Nazliazmi Nasir ?? Saya tak sangka perlawanan ini berkesudah­an dengan sepakan penalti, memang terkejut dengan kebangkita­n Kuala Lumpur”
Nazliazmi Nasir Saya tak sangka perlawanan ini berkesudah­an dengan sepakan penalti, memang terkejut dengan kebangkita­n Kuala Lumpur”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia