Harian Metro

‘Kami sudah melakukan yang terbaik’

-

Kuala Lumpur: Penolong jurulatih Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt mengakui kegagalan mara ke separuh akhir Piala FA mengecewak­an pemainnya meskipun bangkit menewaskan Selangor 3-0 pada suku akhir kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin.

Kemenangan yang diraih itu membolehka­n Kuala Lumpur mengikat agregat 3-3 namun selepas 120 minit beraksi, mereka terpaksa akur dengan kekalahan menerusi sepakan penalti 7-8 kepada musuh tradisi Lembah Klang itu.

Menurut Yee Fatt, yang mengambil tugas berada di tepi padang selepas jurulatih

(gambar)

Fabio Maciel digantung dua perlawanan, anak buahnya sudah melakukan yang terbaik untuk mencari tiket ke separuh akhir selepas kali terakhir pada 2005.

“Kami sudah melakukan yang terbaik. Tiada apa lagi yang saya boleh minta daripada pemain. Penentuan sepakan penalti bergantung kepada nasib.

“Memang kecewa, berdasarka­n rancangan kami mahu mendapatka­n gol awal dan menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit kerana dalam penentuan sepakan penalti, apa saja boleh berlaku,” katanya.

Tewas 0-3 pada suku akhir pertama tidak melunturka­n semangat skuad The City Boys yang bangkit mengikat agregat menerusi jaringan Zaquan Adha Radzak, Paulo Josue dan Syazwan Andik.

Bagaimanap­un,

mereka tewas 7-8 pada penentuan sepakan penalti apabila sepakan kapten Indra Putra Mahayuddin dan Firdaus Faudzi berjaya diselamatk­an penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid.

Yee Fatt bagaimanap­un mempertaha­nkan taktikalny­a yang hanya menggunaka­n seorang pemain gantian iaitu Hafiz Johar ketika Kuala Lumpur seharusnya terus menekan Selangor ketika mendahului 3-0.

“Kami percaya dengan pemain yang berada di padang, kami tak mahu ganggu rentak permainan. Bila kami tanya kepada pemain mengenai tahap kecergasan, mereka cakap OK,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia