Harian Metro

100 balak haram dirampas dalam serbuan

-

Kerakusan sindiket pembalakan haram menarah hutan di dua lokasi berasingan dekat Sungai

Alat, Jalan Oya-Stapang di Selangau, di sini, tidak berpanjang­an apabila diserbu Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) kelmarin.

Serbuan yang dijalankan itu dijayakan hasil maklumat orang ramai, sekali gus membawa kepada rampasan 100 batang balak yang dipercayai ditebang secara haram di lokasi itu.

Jurucakap SFC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bertindak atas aduan penduduk setempat terhadap aktiviti pembalakan mencurigak­an di kawasan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa dari Pejabat Wilayah SFC Sibu dihantar ke lokasi untuk menjalanka­n risikan dan pemantauan.

“Ia disusuli serbuan semalam (kelmarin) yang membawa kepada rampasan 100 batang balak daripada spesies bernilai tinggi pelbagai saiz di kedua-dua lokasi berkenaan,” katanya.

Jurucakap itu berkata, hasil siasatan mendapati sebahagian besar kayu sudah siap dipotong di kedua-dua lokasi itu bagi memudahkan­nya dihantar ke kilang papan untuk diproses.

“Berdasarka­n keadaan balak berkenaan, kita tidak menolak kemungkina­n ia ditebang dari kawasan hutan berhampira­n yang bukan dalam kawasan dibenarkan untuk membalak.

“Balak yang ditebang itu tidak mempunyai tanda rasmi daripada Jabatan Hutan Sarawak (JHS),” katanya.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat mengenai serbuan manakala semua balak haram dirampas diserahkan kepada JHS untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? ANGGOTA SFC menyita 100 batang kayu balak ditebang secara haram.
ANGGOTA SFC menyita 100 batang kayu balak ditebang secara haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia