Harian Metro

Peluru dalam beg

 Dua lelaki dicekup ketika menaiki bas ekspres

- Nasrawati Syarifuddi­n cnews@nstp.com.my

Pasukan Kawasan keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan dua lelaki selepas didapati memiliki lima peluru 12 bore dalam satu sekatan jalan raya di Kalabakan, di sini, kelmarin.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, kedua-dua suspek warga Indonesia berusia 41 tahun itu ditahan jam 6.30 petang ketika menaiki sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Keningau.

Menurutnya, kedua-dua suspek itu juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah sebelum diarahkan turun dari bas berkenaan bersama barangan peribadi milik mereka.

“Pemeriksaa­n lanjut pada sebuah beg sandang warna hitam dimiliki seorang suspek membawa kepada penemuan lima butir peluru itu.

Kedua-dua suspek itu juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah sebelum diarahkan turun dari bas berkenaan”

Hazani Ghazali

“Hasil siasatan, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n turut mengaku memiliki senapang buatan sendiri yang digunakan untuk tujuan berburu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hazani berkata, kedua-dua suspek kemudianny­a dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Menurutnya, ESSCOM akan sentiasa memperkema­s dan memperbaik­i sistem prosedur operasi standard (SOP) pusat pemeriksaa­n daratan yang diselarask­an dalam usaha untuk mengurangk­an aktiviti jenayah dan penyeludup­an di kawasan berkenaan.

 ??  ?? DUA lelaki yang ditahan anggota dan pegawai ESSCOM selepas disyaki memiliki peluru hidup (gambar kecil) dalam satu sekatan jalan raya di Tawau.
DUA lelaki yang ditahan anggota dan pegawai ESSCOM selepas disyaki memiliki peluru hidup (gambar kecil) dalam satu sekatan jalan raya di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia