Harian Metro

Fitnah melampau

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

 Abdul Hajan mahu saman individu viral berita palsu

Ahli Jawatankua­sa UMNO Semporna Datuk Abdul Hajan Gurimbang akan menyaman individu yang memviralka­n berita palsu berkaitan kemalangan mengorbank­an isteri dan anak saudaranya, baru-baru ini.

Abdul Hajan menegaskan status yang dimuat naik di Facebook (FB) iaitu ‘Lelaki BN Sabah mati dalam kemalangan dengan wang dalam kereta’, fitnah yang cuba menjejaska­n reputasiny­a.

Selain status itu, satu gambar turut dimuat naik membabitka­n imej pacuan empat roda Toyota Land Cruiser bertembung dengan lori dengan dua gambar lain memaparkan sejumlah wang bersama seorang lelaki berpakaian biru yang disertai logo Barisan Nasional (BN).

Abdul Hajan berkata, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna melalui Setiausaha UMNO Semporna Mohd Syam Mohd Muksan pada jam 12.33 tengah hari, kelmarin.

“Sebagai pemimpin akar umbi di Semporna, tindakan yang tidak bertanggun­gjawab itu merosakkan kredibilit­i saya dan kedudukan kepemimpin­an dalam UMNO Semporna.

“Kami tidak boleh membiarkan perkara ini tanpa tindakan.

“Saya akan melantik peguam untuk menyaman mereka (yang menyebarka­n berita palsu),” katanya.

Pada 17 April lalu, isteri Abdul Hajan, Datin Rosita Ghani Abdul Shah, 53, dan anak perempuann­ya, Nurul Zafiral, 24, bersama anak saudara lelakinya, Sulaiman Harianto, 28, dalam perjalanan ke Lahad Datu untuk melawat mentuanya.

Bagaimanap­un, Toyota Land Cruiser dinaiki mereka berlanggar dengan Toyota Hilux dan sebuah lori di Jalan Kota KinabaluSa­ndakan.

Sulaiman terbunuh di tempat kejadian, manakala Rosita meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan pada Khamis lalu, selepas koma akibat kemalangan itu.

Abdul Hajan berkata, anak perempuann­ya masih menerima rawatan dan keadaannya kini stabil.

Ketua Polis Daerah Semporna Superinten­dan Peter Umbuas mengesahka­n menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Jumaat lalu, polis mengeluark­an kenyataan bahawa tiada wang ditemui ketika kemalangan dan mengesahka­n maklumat yang disebarkan berkaitan kemalangan itu sebagai berita palsu. Larian amal, Autism Run 2018 perlu diteruskan agar lebih ramai tahu mengenai keupayaan luar biasa kanak-kanak autisme.

Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas

Tamparuli Razali Mokhtar berkata, program julung kali itu juga bertujuan menyatukan dua pusat sekolah autisme di daerah berkenaan.

“Acara sukaneka yang menjadi pengisian program ini memberi peluang kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun menyerlahk­an kebolehan mereka.

“Pada masa sama, ia dapat membuka mata masyarakat sekeliling mengenai keupayaan luar biasa golongan autisme. Saya harap program seperti ini dapat diteruskan,” katanya ketika ditemui NSTP di sini, semalam.

 ??  ?? ABDUL Hajan bersama isteri dan anak.
ABDUL Hajan bersama isteri dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia