Harian Metro

Bukti komited bantu anak muda tercicir dalam pendidikan

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

Penganjura­n Jelajah Pendidikan Bumiputera yang bermatlama­t membantu anak muda tercicir dalam pendidikan membuktika­n kerajaan Barisan Nasional (BN) komited membangunk­an agenda pendidikan anak bangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, program itu dilaksanak­an bagi membantu anak muda, khususnya dari luar bandar meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, program aspirasi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu secara tidak langsung memastikan anak muda diberi peluang kedua melanjutka­n pengajian ke universiti, kolej dan institut kemahiran.

“Program ini mencari dan membantu (anak) Bumiputera yang tercicir tetapi berkelayak­an melanjutka­n pengajian di 37 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terpilih, selain menyasarka­n kumpulan kurang berkemampu­an di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar.

“Sehubungan itu, program ini membawa ‘universiti’ menjelajah ke kawasan Parlimen mencari pelajar yang layak menyambung pelajaran.

“Jika dulu pelajar mencari universiti, kini universiti yang datang kepada pelajar,” katanya berucap bagi mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman merasmikan Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 Peringkat Negeri di sini, kelmarin.

Parti Bersatu Sabah (PBS) membuat satu laporan polis berkaitan mesej yang viral menerusi aplikasi WhatsApp dengan mendakwa parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Mesej yang viral sejak jam 9.30 malam kelmarin itu, mendakwa kononnya Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun sudah membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu.

Sehubungan itu, Johnny membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu jam 10 pagi, semalam bagi membolehka­n tindakan lanjut diambil bagi menghentik­an penyebaran maklumat palsu itu.

Ketika sidang media di luar IPD Kota Kinabalu, Johnny menegaskan penyebaran mesej itu tidak benar dan ia satu tuduhan tidak berasas untuknya.

“Saya membuat laporan polis kerana dakwaan (dalam mesej yang viral) itu menuduh saya yang membuat pengumuman.

“Ia menjejaska­n nama baik saya sebagai Setiausaha

 PBS buat laporan polis tuduhan keluar BN

Agung parti dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu (menyebarka­n mesej) itu menggunaka­n Akta Anti Berita Tidak Benar sekali gus menunjukka­n kerajaan serius dalam melaksanak­an akta ini,” katanya di sini, semalam.

Mengenai motif penyebaran mesej palsu itu, Johnny berkata, beliau tidak menolak kemungkina­n ia niat tidak baik bagi menimbulka­n syak wasangka dalam kalangan penyokong PBS.

“Kita tidak menolak kemungkina­n ada motif jahat untuk menimbulka­n prasangka tidak baik kepada PBS dan BN yang sekarang ini yang bekerja kuat untuk rakyat,” katanya yang turut menjelaska­n maklumat itu hanya tersebar menerusi WhatsApp.

Dalam

perkembang­an

 ??  ?? JOHNNY menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Karamunsin­g, Kota Kinabalu.
JOHNNY menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Karamunsin­g, Kota Kinabalu.
 ?? Abdul Rahman ?? Jika dulu pelajar mencari universiti, kini universiti yang datang kepada pelajar”
Abdul Rahman Jika dulu pelajar mencari universiti, kini universiti yang datang kepada pelajar”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia