Harian Metro

PRS tampil calon wanita di Selangau

-

Selangau: Bekas Ketua Penasihat Perundanga­n Bintulu Port Holdings Berhad Rita Sarimah Insol, 56, sah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi kerusi Parlimen Selangau.

Perkara itu diumumkan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk John Sikie Tayai ketika merasmikan majlis Penutupan Karnival Transforma­si Pendidikan, Belia dan Sukan Sarawak 2018 di sini, kelmarin.

Pengumuman itu mengakhiri spekulasi mengenai calon kerusi itu selepas penyandang­nya Datuk Joseph Entulu Belaun dilaporkan tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Sikie berkata, pencalonan Rita mencipta sejarah PRS apabila muncul sebagai calon wanita pertama pada pilihan raya, malah beliau juga wanita Dayak pertama ‘diangkat’ bertanding untuk kerusi Parlimen.

“Saya ada bersama Presiden PRS Tan Sri James Jemut Masing pada malam senarai calon parti ini diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Bagi setiap kerusi diperuntuk­kan BN kepada PRS, kami mengemukak­an hanya satu nama dan untuk Parlimen Selangau, kami menghantar nama Rita Sarimah Insol.

“Justeru, dengan perkembang­an terbaru ini diharapkan penduduk di Selangau menghentik­an spekulasi mengenai siapa calon di kawasan itu dan menumpukan usaha mendapatka­n kemenangan besar pada PRU14,” katanya yang hadir pada majlis itu mewakili Masing.

Rita, 56, sebelum ini pernah menjawat jawatan majistret selama lima tahun sebelum menyertai Bintulu Port Holdings Berhad selama 20 tahun.

Sikie yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Adat dan Undang Undang Pribumi) berkata, pemilihan semua calon termasuk muka baru selain pengundura­n penyandang sesebuah kerusi adalah keputusan pucuk pimpinan parti yang mendapat ‘restu’ akar umbi.

“Ini adalah kehendak parti atas sebab tertentu. Mahu atau tidak, kita harus terima dan mengambil sikap terbuka selain meletakkan kepentinga­n parti pada tahap keutamaan tertinggi,” katanya.

 ??  ?? RITA
RITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia