Harian Metro

DEDAH RAHSIA IKUT LANGIT

Sikap suka berkongsi maklumat di media sosial undang bahaya

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Sikap suka berkongsi maklumat peribadi ketika menggunaka­n sesuatu aplikasi menyebabka­n tiada lagi ruang peribadi dalam kehidupan kerana semuanya sudah tersedia di dalam pangkalan data yang boleh diperoleh menerusi media sosial.

Ia bukan saja menjadikan seseorang sering diganggu dengan panggilan daripada orang tidak dikenali, malah lebih teruk mereka juga berisiko menerima ancaman berunsur jenayah daripada pihak ketiga.

Mendedahka­n perkara itu, bekas Penasihat Teknologi Maklumat Kementeria­n Kewangan Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed berkata, semua berlaku dengan kerelaan sendiri apabila orang ramai memberi kebenaran kepada pengendali aplikasi untuk menggunaka­n senarai nombor telefon, kamera dan galeri gambar setiap kali memuat naik aplikasi baru.

Katanya, biarpun nampak remeh namun tanpa disedari, semua maklumat yang dirasakan sulit dan disimpan di dalam telefon menjadi dokumen terbuka yang boleh diakses pihak ketiga tanpa perlu lagi mendapatka­n persetujua­n pemiliknya.

“Sebenarnya setiap kali kita memuat naik sesuatu aplikasi, kita sudah membuka langkah untuk menyerahka­n maklumat yang kita ada kepada pihak ketiga. Semua maklumat itu akan disimpan dalam satu pangkalan data yang kita tidak lagi boleh mengawalny­a.

“Selama bertahun-tahun, sedikit demi sedikit profil kita dan keluarga akan disimpan dan sesiapa saja yang mempunyai tujuan tertentu boleh menjejaki dan mencari kita dalam tempoh beberapa saat saja.

“Perkara ini sebenarnya memberi risiko sekiranya ada pihak yang sengaja mahu mengambil kesempatan ke atas kita,” katanya.

Abdul Kadir berkata, terdapat beberapa pautan boleh menunjukka­n bagaimana orang ramai berada di dalam radar pemantauan terbuka yang menyokong tidak

Selama bertahun-tahun, sedikit demi sedikit profil kita dan keluarga akan disimpan Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed

ada lagi privasi dalam kehidupan pada hari ini.

Beliau yang juga Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata, sebagai negara yang menggunaka­n media sosial antara yang tertinggi di dunia, kaedah itu menjadikan Malaysia berisiko menjadi lokasi tumpuan kepada kegiatan menyalahi peraturan seperti sarang pengganas Daish atau sindiket penipuan antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia