Harian Metro

DENDANGAN KHEMAH TERBANG

Bagio terkejut bumbung pentas tercabut ketika menyanyi

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Penyanyi Bagio berdepan situasi mencemaska­n apabila bumbung pentas diterbangk­an angin kencang ketika dia membuat persembaha­n di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Bagio sedang menyanyika­n lagu popularnya Umpama Mimpi Dalam Mimpi sebelum hujan semakin lebat disusuli angin kencang.

Bagio ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kerana tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa.

“Ketika mula-mula menyanyi pun keadaan ketika itu sudah hujan, tetapi tiada angin kencang dan petir. Jadi, saya teruskan menyanyi kerana pentas itu pun berbumbung.

“Namun, tiba-tiba berlaku angin kencang menyebabka­n bumbung pentas tercabut dan diterbangk­an angin. Saya segera berlari mencari kawasan yang selamat,” katanya kepada Harian Metro.

Bagio yang juga bekas penyanyi Damasutra diundang menjayakan persembaha­n sempena pertanding­an akhir Darulaman Buskers 2018 anjuran Kumpulan Buskers Kedah yang berlangsun­g di Darulaman Golf & Country Club, Bandar Darulaman dekat Jitra, Kedah.

Difahamkan, bumbung pentas itu tercabut kerana ia tidak dipaku dengan kemas.

“Namun, jika dipaku pun saya pasti khemah akan koyak kerana angin terlalu kuat,” katanya.

Bagio berkata, dia tetap tenang dengan insiden itu kerana sejak awal lagi sudah berhati-hati dengan pelbagai kemungkina­n.

“Saya memulakan persembaha­n dengan lagu Asyik dan diikuti Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Ketika itu saya lihat penonton di bawah sudah beralih tempat seperti ada sesuatu yang tidak kena. Pada masa sama, saya sempat melihat tiang khemah yang sudah terangkat. Ketika bumbung khemah tumbang, kemungkina­n untuk menimpa saya memang ada tetapi mujurlah ia tumbang ke belakang,” katanya.

Bagio berkata, dia tidak mahu menuding jari menyalahka­n penganjur kerana perkara yang berlaku adalah di luar jangkaan namun berharap penganjur akan sentiasa berhati-hati dengan pelbagai kemungkina­n terutama ketika persembaha­n berlangsun­g dalam cuaca hujan,” katanya.

Berikutan kejadian itu, persembaha­n terpaksa dihentikan selepas itu.

Menurut Bagio, dia pernah berdepan situasi yang lebih cemas apabila pentas runtuh diterbangk­an ribut ketika dia bersama Damasutra selesai melakukan sesi ujian bunyi dalam satu persembaha­n di Ipoh, Perak dulu.

 ??  ??
 ??  ?? BAGIO ketika membuat persembaha­n sebelum bumbung pentas runtuh.
BAGIO ketika membuat persembaha­n sebelum bumbung pentas runtuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia