Harian Metro

SUAMI MAUT KARAN IKAN

Wanita terkejut dapat berita insiden karan ikan

- Mohamed Sahidi Yusof cnews@nstp.com.my

Arwah keluar sejak jam 11 pagi lagi, tetapi saya gagal menghubung­inya kerana telefon bimbit ditinggalk­an di rumah” Nurul Lezlinde Zambri

Seorang isteri yang menunggu kepulangan suaminya terkejut apabila dimaklumka­n lelaki itu maut ketika menangkap ikan di sungai berhampira­n Masjid Kampung Bukit Kechik di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6 petang, ketika Mohd Nasir Yaacob, 52, dikatakan menangkap ikan menggunaka­n kaedah renjatan elektrik dengan alat generator diletakkan dalam perahu yang dinaikinya.

Nurul Lezlinde Zambri, 30, berkata, dia berada di rumah menunggu suaminya ketika itu sebelum jiran datang memaklumka­n tragedi menimpa arwah.

“Sebelum keluar, suami hanya beritahu dia ingin meninjau kawasan pencarian madu lebah di sekitar Kampung Kelisar, Batu Gajah dan tidak pula beritahu mahu menangkap ikan di sungai itu.

“Arwah keluar sejak jam 11 pagi lagi, tetapi saya gagal menghubung­inya kerana telefon bimbit ditinggalk­an di rumah.

“Jadi saya hanya tunggu kepulangan dia sehingga dimaklumka­n dengan kejadian yang menimpanya,” katanya yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Tanah Merah (HTM), semalam.

Nurul Lezlinde berkata, arwah menyara keluarga dengan mencari dan menjual madu selain ikan yang ditangkap di sungai berdekatan.

Katanya, pekerjaan itu dilakukan sejak lapan tahun lalu dan dia reda kehilangan lelaki itu kerana sudah ditakdirka­n Ilahi.

“Saya anggap ini suratan takdir kerana arwah meninggal dunia ketika mencari rezeki untuk kami,” katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsia­n hidup bersama arwah.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Hanaffi Mohd berkata, mangsa didapati sudah meninggal dunia ketika anggotanya tiba di tempat kejadian, jam 8.55 malam.

“Berdasarka­n maklumat awal yang diterima, mangsa mencari ikan di sungai berhampira­n Masjid Kampung Bukit Kechik menggunaka­n teknik renjatan elektrik,” katanya.

Mangsa di hantar ke HTM untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluargany­a.

 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH Mohd Nasir dibawa turun dari kenderaan polis sebaik tiba di Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
JENAZAH Mohd Nasir dibawa turun dari kenderaan polis sebaik tiba di Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
 ??  ?? MOHD Nasir
MOHD Nasir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia