Harian Metro

Keluarga rayu bawa balik ke Jabalia

-

Gombak: “Ayah kepada Dr Fadi menghubung­i kami, merayu supaya jenazahnya dibawa pulang ke tempat kelahirann­ya di Jabalia, Gaza.

“Seluruh keluargany­a terutama ibu dan adik beradiknya ingin menatap wajahnya buat kali terakhir,” ujar Pengurus besar Organisasi Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Antarabang­sa (IESCO), Dr Mahmoud Shakfa.

Menurutnya, keluarga Dr Fadi berpesan supaya membawa pulang jenazah Fadi untuk dilihat buat kali terakhir selepas mereka berpisah tujuh tahun lalu.

“Usaha kini dijalankan dengan kerjasama pihak kedutaan Palestin, Mesir dan Malaysia untuk urusan logistik membawa jenazah pulang ke Gaza. Mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) Dr Mohd Zin Kandar, berkata pihaknya berharap urusan membawa pulang jenazah Fadi dapat dipermudah­kan.

“Demi kemanusiaa­n, kami berharap kerajaan Mesir tidak menghalang usaha membawa pulang jenazah. Jangan nafikan hak keluargany­a untuk menatap buat kali terakhir jenazah Fadi.

“Berdasarka­n pengalaman, laluan paling segera untuk ke Gaza adalah melalui Rafah iaitu sempadan Mesir dan Palestin. Harapan kami semua pihak yang berkaitan dapat memberi kerjasama penuh,” katanya.

Sementara itu, keadaan di pekarangan bilik mayat Hospital Selayang semalam. dipenuhi sahabat dan komuniti Palestin yang ingin melihat jenazah Dr Fadi buat kali terakhir.

Selain itu, kakitangan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) turut berada di hospital bagi membantu menguruska­n jenazah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia