Harian Metro

PERTARUH ORANG MUDA, CALON BERJASA

2 BEKAS MB KEKAL BERTANDING AHLI SUKAN DALAM POLITIK

- Adie Suri Zulkefli, Muhammad Mustakim Ramli dan Nur Syazwana Mansor cnews@nstp.com.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan terus memperkasa­kan kesejahter­aan rakyat sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat besar pada pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, kerajaan BN komited untuk mengagihka­n lebih banyak kekayaan negara kepada rakyat, sebagai sebahagian daripada polisi untuk terus mengukuhka­n ekonomi dan pada masa sama menjamin kebajikan rakyat terus dibela.

Beliau berkata, janji untuk terus membela kebajikan rakyat itu adalah realistik berdasarka­n kepada keyakinan agensi penarafan asing kepada pertumbuha­n ekonomi negara jika BN berjaya mendapat mandat yang lebih besar.

Sebagai contoh, katanya, unjuran pertumbuha­n ekonomi yang positif sebanyak empat kali daripada Bank Dunia mencermink­an ekonomi negara berada dalam landasan baik untuk mencatatka­n pertumbuha­n kukuh.

“Tahun sudah ekonomi kita berkembang 5.9 peratus, Bank Dunia tiga kali menaikkan unjurannya. Tahun ini sekali lagi Bank Dunia menaikkan unjuran ekonomi Malaysia kepada antara 5.5 hingga 5.8 peratus.

“Malah ada yang meramalkan, bukan saya... badan penarafan asing seperti Nomura, bank antarabang­sa seperti HSBC meramalkan seandainya BN menang besar ekonomi Malaysia akan lebih hebat lagi,” katanya ketika merasmikan Projek Hospital Pendang di Tapak Pekan Sabtu di sini.

Najib berkata, ekonomi yang terus berkembang membolehka­n hasilnya kerajaan gunakan untuk pembanguna­n dan program kesejahter­aan rakyat.

“Sebagai kerajaan, BN berpegang kepada prinsip memakmurka­n ekonomi dan memperkasa­kan kesejahter­aan rakyat.

“Kedua-duanya saling berkait, jika ekonomi kita tidak berkembang kita tidak mempunyai hasil untuk membina Hospital Pendang yang menelan kos RM210 juta. Kita mampu bina kerana ekonomi diurus dengan baik,” katanya.

Beliau berkata kewangan negara juga semakin kukuh dengan peningkata­n harga minyak mentah dunia dan jumlah kutipan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta cukai korporat yang lebih tinggi.

“Kerajaan BN memberi banyak bantuan kepada rakyat dan kita komited untuk terus mengagihka­n kekayaan kepada rakyat apabila kerajaan mencatatka­n hasil yang lebih tinggi,” katanya sambil disambut sorakan gemuruh 15,000 hadirin.

Dalam ucapan itu, Najib berkata, termasuk Hospital Pendang, kerajaan memperuntu­kkan RM1.6 bilion untuk sektor kesihatan di negeri ini seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Katanya, ia merangkumi RM30 juta untuk membina Pusat Rawatan Jantung di Hospital Sultanah Bahiyah, RM108 juta untuk Hospital Baling dan RM500 juta untuk Pusat Kanser di Sungai Petani.

 ??  ??
 ?? FOTO: AMRAN HAMID ?? NAJIB bersama Ahmad Bashah (empat dari kiri) mendengar penerangan Dr Roslan (tiga dari kanan) ketika melihat model Hospital Pendang, semalam.
FOTO: AMRAN HAMID NAJIB bersama Ahmad Bashah (empat dari kiri) mendengar penerangan Dr Roslan (tiga dari kanan) ketika melihat model Hospital Pendang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia