Harian Metro

Penuhi impian generasi kedua Felda miliki rumah sendiri

-

Selama 16 tahun lamanya sebuah keluarga dari Felda Sungai Tiang, dekat sini, mengimpika­n untuk menetap di rumah sendiri selepas sekian lama menumpang di kediaman orang tua.

Bukannya tidak berkemampu­an mencari rumah sendiri, tetapi Suriati Sirajudin, 39, dan keluarga tidak bercadang untuk menetap jauh dari kediaman ibu mentua di Felda Sungai Tiang berikutan keadaan orang tuanya yang sudah uzur.

Namun disebabkan projek perumahan mampu milik yang dibangunka­n di Sungai Tiang terhad menyebabka­n Suriati hanya memendam impiannya untuk menetap di rumah sendiri.

Impiannya itu akhirnya tercapai apabila kerajaan membangunk­an projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) di Felda Sungai Tiang pada 2013.

Projek berkenaan siap dalam tempoh tiga tahun dan mempunyai 80 unit dengan 75 daripadany­a sudah berpenghun­i.

Suriati berkata, pertama kali menjejakka­n kaki ke rumah itu pada Julai tahun lalu, dia bagaikan bermimpi kerana tidak menyangka impiannya menghias kediaman sendiri menjadi kenyataan.

“Pada mulanya kami bercadang untuk duduk di rumah mak (mentua) saja kerana senang nak jaga dia...tapi tak sangka ada projek perumahan yang dibangunka­n di dalam kawasan FELDA ini menyebabka­n kami tidak mahu melepaskan peluang (memohonnya).

“Bayangkan daripada anak sulung saya berusia setahun hingga kini dia sudah 17 tahun barulah kami sekeluarga dapat mendiami rumah sendiri hasil inisiatif kerajaan membangunk­an projek

PGBF ini, ” katanya yang ditemui di rumahnya.

Suriati bersama suaminya, Sham Sherul Rizal Othman, 39, membuat permohonan menduduki rumah PGBF pada 2015 sebaik saja dimaklumka­n perancanga­n kerajaan membangunk­an projek perumahan ini.

Hanya dua tahun menunggu, Suriati, suami dan tiga anaknya, Faris Izami, 17, Farisha Izati, 11, serta Felish Dewina, 2 akhirnya berpindah ke rumah itu yang berharga RM112,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia