Harian Metro

KENANGAN TELAGA ATAS BUKIT

-

 Penduduk Kampung Bukit Kerbau Berguling lega LRA Pokok Sena atasi masalah bekalan air

naan harian.

Bagaimanap­un kini, Che Basri dan Che Kama, serta penduduk lain di sini mampu tersenyum menjelang Ramadan dan Aidilfitri tahun ini apabila masalah bekalan air ke kampung itu sudah berakhir sejak projek Loji Rawatan Air (LRA) Pokok Sena beroperasi pada November tahun lalu.

LRA itu yang dibina dengan kos RM68 juta itu dibangunka­n Kerajaan Persekutua­n di atas tapak berkeluasa­n 2.2 hektar di Kebun 500 mempunyai kapasiti penghasila­n 30 juta liter air terawat setiap hari.

Keluarga Che Basri antara 72,000 penduduk sekitar daerah Pokok Sena, utara Pendang dan selatan Padang Terap, yang mendapat nikmat, hasil inisiatif kerajaan negeri menunaikan janji menyelesai­kan masalah bekalan air di Kedah, dengan bantuan Kerajaan Persekutua­n.

Menceritak­an semula pengalaman­nya, Che Basri berkata, ketika rumah mereka siap untuk diduduki dua tahun lalu, masalah utama dihadapi adalah tiada bekalan air.

Akibatnya, dia terpaksa membasuh baju di kedai dobi walaupun ketika itu sudah membina telaga kerana perlu berjimat.

“Walaupun saya bergantung kepada air telaga yang dibina di atas bukit berhampira­n rumah, namun kami sekeluarga perlu mengawal penggunaan­nya kerana jika mesin mengalami masalah untuk menyedut air, saya terpaksa mendaki semula ke atas bukit.

“Bukan senang nak mendaki setiap hari jika mesin berkenaan mengalami masalah, jadi kami perlu mengawal penggunaan­nya,” katanya ketika ditemui.

Che Basri berkata, kini semua keperitan itu sudah berlalu dan keluarga serta penduduk di kampung itu bersyukur kerana mampu menikmati bekalan air yang sempurna sejak projek LRA Pokok Sena mula beroperasi.

Malah, anak-anaknya juga tidak perlu lagi bimbang dengan masalah bekalan air setiap kali pulang ke kampung.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) serta Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) kerana menyelesai­kan masalah air di kampung kami,” katanya.

Alor Setar

 ??  ?? CHE Basri menunjukka­n air telaga yang terpaksa digunakan oleh ahli keluargany­a selama dua tahun sebelum mendapat
bekalan air bersih. CHE Basri menunjukka­n getah paip yang dipasang di atas bukit bagi menyalurka­n air telaga untuk kegunaan ahli...
CHE Basri menunjukka­n air telaga yang terpaksa digunakan oleh ahli keluargany­a selama dua tahun sebelum mendapat bekalan air bersih. CHE Basri menunjukka­n getah paip yang dipasang di atas bukit bagi menyalurka­n air telaga untuk kegunaan ahli...
 ?? Che Basri ?? CHE Kama menyiram pokok di halaman rumahnya di Kampung Bukit Kerbau Berguling. Bukan senang nak mendaki setiap hari jika mesin itu mengalami masalah, jadi kami perlu mengawal penggunaan­nya”
Che Basri CHE Kama menyiram pokok di halaman rumahnya di Kampung Bukit Kerbau Berguling. Bukan senang nak mendaki setiap hari jika mesin itu mengalami masalah, jadi kami perlu mengawal penggunaan­nya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia