Harian Metro

Pelakon kongsi urus kewangan

-

Batu Pahat: Heroin drama Mencintaim­u Mr Photograph­er, Hannah Delisha mempunyai tiga akaun bank berbeza bagi membolehka­nnya menguruska­n kewangan untuk simpanan, perbelanja­an dan hal kecemasan.

Tip itu dikongsika­n aktres kelahiran Singapura berkenaan melalui Program MNRB Ringgit Savvy Program (MNRB Ringgit Savvy) di lokasi penganjura­n Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat di sini, semalam.

Hannah, 22, berkata, sejak memulakan karier sebagai pelakon lebih setahun lalu, dia menganggap kariernya itu sebagai perniagaan dan perkara itu perlu diuruskan sebaik mungkin.

“Saya masih muda, karier ialah perniagaan dan sudah masanya menyimpan dalam akaun bank sendiri kerana ada tanggungja­wab ke atas diri sendiri.

“Saya ada tiga akaun bank, 50 peratus gaji dimasukkan ke akaun pertama dan akaun bank kedua pula khas untuk perbelanja­an sendiri termasuk keperluan diri atau keluarga.

“Sebanyak 20 hingga 30 peratus daripada 50 peratus akaun kedua itu khas untuk pembayaran bil berkaitan...adik-adik boleh amalkan tip ini jika sudah bekerja.

“Senang untuk rekod simpanan, keluar masuk wang, set untuk minda, untuk perbelanja­an saya gunakan

katanya di hadapan lebih 300 pelajar sekolah menengah pada program berkenaan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MNRB Holdings Berhad (MNRB) Mohd Din Merican berkata, program celik kewangan berteraska­n konsep pelaburan dan pengurusan wang yang bijak itu diadakan sebagai satu usaha menyokong objektif MSAM iaitu mendidik masyarakat Malaysia mengenai pelaburan dan perancanga­n kewangan.

“MNRB menggunaka­n pendekatan interaktif menarik minat pelajar sekolah mengenai kepentinga­n kemahiran pengurusan wang.

“Melalui program ini secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih bijak dalam pengurusan wang,” katanya.

 ??  ?? HANNAH (tengah) bersama pelajar yang hadir ke MSAM 2018, semalam.
HANNAH (tengah) bersama pelajar yang hadir ke MSAM 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia