Harian Metro

Nasib berbeza 5 otai

-

 Isa, Mohd Puad, Norzula tak dicalon

 Ali, Satim ‘kembali’

majoriti 1,524, manakala Norzula yang sudah 28 tahun di DUN Paloh melepaskan kerusi itu kepada Amran.

Mohd Isa pula menang kerusi Parlimen Jempol dengan mengalahka­n Juara Gegar Vaganza 4, Aisyah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin yang ketika itu sebagai calon PAS.

Bagi Norzula, beliau menerima dengan ‘hati terbuka’ apabila tidak dicalonkan semula di kerusi berkenaan.

“Keputusan tidak mencalonka­n semula adalah kehendak kepemimpin­an parti walaupun mengakui agak berat menerimany­a kerana tidak dimaklumka­n lebih awal,” katanya.

Namun, khabar berbeza diterima bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Ketua UMNO Bahagian Puchong Datuk Mohammad Satim Diman yang masing-masing dicalonkan semula.

Mohd Ali diberi kepercayaa­n bertarung semula di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya yang dulunya dikenali sebagai Bukit Katil untuk meneruskan perjuangan politiknya, manakala Satim, otai empat penggal itu kembali semula di persada politik Selangor bagi kerusi DUN Seri Serdang di Selangor selepas tidak dicalonkan pada PRU13.

“Lima tahun telah berlalu, sedih apabila ruang dan peluang yang diberi oleh pengundi tidak dimanfaatk­an dengan sebaiknya oleh wakil rakyat pembangkan­g yang dipilih malah bantuan dan kebajikan terhadap rakyat tidak diambil kira dan diberi perhatian sewajarnya.

“Justeru, saya yakin dan percaya pengundi kini bijak menilai dalam menentukan wakil rakyat bagaimana yang mereka mahukan dalam menyelesai­kan masalah dan berkhidmat secara terus membela nasib mereka,” Mohd Ali dilaporkan berkata.

Khabar gembira Mohd Ali dan Satim turut dirasai tiga calon muda lain iaitu Datuk Mohd Asyraf Wajdi Dusuki yang diberikan kepercayaa­n untuk mengisi kerusi Parlimen Pasir Puteh bagi menyaingi penyandang calon parti PAS.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diberi kepercayaa­n menyaingi calon PAS selepas tewas kepada Datuk Kamaruddin Jaffar dari PAS (kini Parti Amanah Negara) pada PRU12 di Parlimen Tumpat.

Tidak ketinggala­n anak kepada Allahyarha­m Tan Sri Omardin Mauju, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang diberikan kepercayaa­n bagi menyaingi penyandang dari PAS di DUN Gombak Setia dalam Parlimen Gombak.

Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Datuk Onn Hafiz Ghazi pula dicalonkan di DUN Layang-Layang bagi menggantik­an penyandang Abd Mutalip Abd Rahim.

Selain itu, BN Selangor turut mencalonka­n peguam muda, Imran Tamrin, 31, bagi berdepan pembangkan­g di kerusi Parlimen Kapar yang disandang PKR.

Paling menarik perhatian, kemunculan pakar motivasi agama popular Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat yang diberi kepercayaa­n untuk merampas kerusi DUN Sikamat dalam Parlimen Seremban yang kini milik PKR.

Pada PRU kali ini, BN, termasuk UMNO menawarkan calon berpengala­man, berwibawa pelbagai latar belakang, termasuk golongan profesiona­l, ahli akademik, penjawat awam dan bekas tentera yang dilihat bukan saja mampu memberikan khidmat terbaik, malah, mampu menyaingi calon parti pembangkan­g.

Pengumuman calon BN, semalam menjadikan tujuh daripada 14 negeri telah mengumumka­n calon masing-masing selepas BN Wilayah Persekutua­n dan BN Terengganu berbuat demikian, kelmarin.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei dan tarikh penamaan calon pada 28 April manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

 ??  ?? MOHAMMAD Satim
MOHAMMAD Satim
 ??  ?? MOHD Ali
MOHD Ali
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia