Harian Metro

Bersungguh laksana hak Sabah, Sarawak

-

Timbalan Perdana Menteri berkata, janji Barisan Nasional (BN) untuk melaksanak­an hak Sabah dan Sarawak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sekadar manifesto atau kerana desakan pembangkan­g.

Sebaliknya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bukti kesungguha­n Kerajaan Pusat dan negeri dalam menunaikan hak Sabah dan Sarawak, malah kebanyakan hak yang terkandung dalam MA63 sedang dilaksanak­an.

“Contohnya dasar 90 peratus guru dari Sabah dan Sarawak kini hampir terlaksana, malah soal minyak dan gas dimasukkan dalam manifesto BN selepas dibawa kepada Kabinet dan diterima Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku sekarang pembangkan­g harus mengakui bahawa tohmahan mereka berkaitan MA63 tidak lagi laku kerana ia sudah dilaksanak­an Kerajaan Pusat dan negeri,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kimanis di Pekan Bongawan, semalam.

Turut hadir, Menteri Luar yang juga Pengerusi BN Kimanis Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, Timbalan Pengerusi BN Kimanis Datuk Mohd Ariffin Arif dan Naib Pengerusi BN Kimanis Datuk Mohamad Alamin.

Hari kedua sesi mengumumka­n calon Barisan Nasional (BN) semalam menyaksika­n lima ‘otai’ politik dari lima negeri iaitu Selangor, Johor, Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan menerima khabar berbeza, manakala 156 calon baru diberi kepercayaa­n mengisi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri masing-masing.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga penyandang Ahli Parlimen Jempol Tan Sri Isa Samad, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Norzula Md Diah, penyandang DUN Paloh dalam Parlimen Gua Musang antara orang lama atau ‘otai’ yang tidak dicalonkan pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) kali ini.

Calon BN untuk kerusi Parlimen Batu Pahat diisi Ketua Wanita bahagian itu, Haliza Abdullah, calon kerusi Parlimen Jempol diisi Senator Salim Sharif, manakala kerusi DUN Paloh mempertaru­hkan Amran Arifin sebagai calon.

Pada PRU13, Mohd Puad tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia