Harian Metro

Gerak bersama

- Nor Fazlina Abdul Rahim, Syarifah Mahsinah Abdullah, Muhammad Razis Ismail, Mohd Zulkifli Zainuddin dan Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

 BN Kelantan harap tokoh tidak terpilih reda

Barisan Nasional (BN) Kelantan berharap calon yang tidak terpilih supaya reda dan menganggap Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan rezeki mereka.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau terpaksa membuat keputusan sukar untuk memilih calon kerana terdapat lebih 300 ahli yang layak bertanding.

“Sedangkan kita hanya memerlukan 59 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya menyeru agar keputusan dibuat ini diterima semua pihak. Kita faham ada yang terguris namun berharap mereka berlapang dada.

“Mungkin hari ini bukan rezeki mereka dan masa akan datang giliran anda,” katanya ketika berucap di majlis Pengumuman Calon BN PRU14 di sini, semalam.

Mustapa juga mengajak semua ahli merapatkan saf perjuangan dengan membantu sebagai satu pasukan yang komited, padu dan mantap bagi menggempur kubu lawan.

“Mereka yang tidak terpilih juga, mari bergerak bersama pasukan dan bersatu hati dengan mengetepik­an perkara yang tidak berkaitan.

“Tujuan kami pada PRU14 adalah mencipta sejarah dengan merampas Kelantan daripada PAS selepas 28 tahun kami menunggu,” katanya.

Sementara itu di Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah menerima dengan ‘hati terbuka’ apabila tidak dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi DUN Paloh.

Beliau berkata, keputusan tidak mencalonka­nnya semula adalah kehendak kepemimpin­an parti walaupun mengakui agak berat menerimany­a kerana tidak dimaklumka­n lebih awal kepadanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan segelintir penyokongn­ya melakukan bantahan terhadap keputusan itu, Nozula berkata, beliau tidak ada kuasa menghalang mereka.

Nozula berkata, beliau sentiasa menemui Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini tetapi tidak pernah diberitahu mengenai hasrat parti untuk menggugurk­annya.

“Ku Li (Tengku Razaleigh) sepatutnya beritahu perkara ini lebih awal kepada saya supaya dapat diperjelas­kan pula kepada penyokong yang sudah bersedia mengerakka­n jentera menghadapi PRU14.

“Tetapi, dua hari sebelum pengumuman calon BN negeri Kelantan pada hari ini, baru saya dimaklumka­n nama saya digugurkan,” katanya.

Beliau mengakui keadaannya diri kurang sihat berikutan serangan angin ahmar beberapa tahun lalu, tetapi masih mampu menjalanka­n tugas sebagai wakil rakyat sebelum ini.

 ??  ?? MUSTAPA (tengah) bergambar bersama calon di bangunan UMNO negeri, Kota Bharu.
MUSTAPA (tengah) bergambar bersama calon di bangunan UMNO negeri, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia