Harian Metro

Pertaruh 30 muka baru

-

Daripada 59 kerusi calon yang dipertandi­ngkan di Kelantan, Barisan Nasional (BN) mempertaru­hkan 30 calon muka baru termasuk dua di kerusi Parlimen, untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dua muka baru bagi kerusi Parlimen ialah Nor Azmawi Ab Rahman (Pasir Mas) dan Fikhran Hamshi Mohd Fatmi (Kota Bharu). Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula dicalonkan semula bagi Parlimen Pasir Puteh selepas pernah kalah di Parlimen Tumpat pada 2008.

Manakala, 28 muka baharu di kerusi DUN pula termasukla­h Mohd Fareez Noor Amran (Chempaka), Wan Shahrul Azuan Wan Ab Aziz (Kijang), Chua Hok Kuan (Kota Lama), Datuk Yahaya Mamat (Tendong), Ahmad Anuar Hussin (Meranti).

Selain itu, Muhammad Afifi Mihammad Noor (Chetok), Bakri Yusoff (Pasir Tumboh), Mohamad Azam Ismail (Kadok), Hashim Mohamad (Kelaboran) dan Mohd Syahbuddin Hashim (Galas).

Datuk Nozula Mat Diah menjadi satu-satunya penyandang digugurkan apabila DUN Paloh meletakkan Amran Arifin sebagai calon di kerusi berkenaan.

Majlis pengumuman calon disempurna­kan oleh Pengerusi Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Bangunan UMNO Kelantan, di sini, semalam turut menyaksika­n lima calon wanita terpilih dengan empat daripadany­a muka baru.

Calon wanita berkenaan terdiri Zarina Md Eusope (Panchor), Dayang Saniah Awang Hamid (Bukit Panau), Suzaini Adlina Sukri (Manek Urai), Nurul Amal Mohd Fauzi (Demit) dan Madihah Ab Aziz (Tanjong Mas).

Calon yang dikekalkan di kerusi Parlimen terdiri daripada Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia