Harian Metro

Citra muda

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

 Bantu BN tawan semula Selangor

Calon muda Barisan Nasional (BN) Selangor yakin mampu membantu parti itu menawan semula negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei ini.

Calon DUN Sungai Panjang Datuk Imran Tamrin berkata, umum sedia maklum DUN diwakili beliau kubu kuat BN disandang Budiman Mohd Zohdi yang kini menjadi calon Parlimen Sungai Besar.

“Budiman wakil rakyat contoh dan terbaik negeri Selangor dan menjadi penanda aras wakil rakyat di seluruh Malaysia.

“Jadi, ini satu cabaran kepada saya, tetapi saya yakin kepemimpin­an dan kesinambun­gan (usaha) di situ, Insya-Allah legasinya saya boleh teruskan kerana pada awal pembabitan saya dalam politik, Budiman menjadi mentor saya.

“Saya antara yang lahir di bawah kepemimpin­an beliau, saya yakin dapat teruskan legasi beliau dalam menjiwai cita rasa rakyat DUN Sungai Panjang,” kata peguam berusia 31 tahun itu.

Sementara itu, MCA juga meletakkan calon anak tempatan di N 04 DUN Sekinchan, Lee Yee Yuan, 28, yang dilihat berpotensi besar mengembali­kan Sekinchan kepada BN.

Walaupun terpaksa berhadapan penyandang tiga penggal berturut-turut, Lee tetap yakin mampu membawa perubahan di kawasan itu.

“Memandangk­an kami sudah bekerja dari awal dengan persediaan dan gerak kerja yang mantap, jadi kami hanya perlu mengekalka­n momentum itu,” katanya.

 ??  ?? IMRAN
IMRAN
 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia