Harian Metro

Formula 24451

- Fairuz Zaidan, Amir Mamat, Norizzah Baharudin dan Noor Azurin Mohd Sharif cnews@nstp.com.my

 BN Melaka kemuka kombinasi tokoh lama, baru

Kombinasi calon Barisan Nasional (BN) Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini memenuhi aspirasi dan kehendak pengundi akar umbi.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Haron berkata, calon diketengah­kan hasil kombinasi tokoh berpengala­man dan muka baru bagi merealisas­ikan formula ‘24451’ yang disasarkan kepemimpin­an negeri.

Beliau berkata, semua 34 calon diketengah­kan, termasuk 28 mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen itu dipilih selepas tapisan menyeluruh dengan mengambil kira kepakaran serta rekod perkhidmat­an cemerlang di peringkat negeri dan pusat.

“Kami (BN Melaka) realistik dengan formula 24451 iaitu 24 DUN diwakili BN, empat (DUN) pembangkan­g, lima Parlimen BN dan satu Parlimen pembangkan­g dengan mengambil kira kemampuan calon diketengah­kan kepemimpin­an parti.

“Walaupun ada laporan mengatakan boleh dapat ‘25360’, kami selesa dengan formula ditetapkan negeri, malah daripada 34 calon BN Melaka, 30 peratus calon orang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman calon BN Melaka pada PRU-14 di kediamanny­a di Dewan Seri Bendahara, di sini, semalam.

Mengenai pertukaran dua penyandang kerusi Parlimen Tangga Batu dan Alor Gajah ke DUN, Idris berkata, ia dilakukan dengan mengambil kira faktor calon parti pembangkan­g selain kehendak akar umbi.

“Datuk Wira Koh Nai Kwong (Alor Gajah) ditukarkan ke kerusi DUN Machap Jaya, manakala Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Tangga Batu) ke DUN Paya Rumput untuk berhadapan calon pembangkan­g yang juga bekas pemimpin muda UMNO. Ini kita sifatkan sebagai ‘buku bertemu ruas’.

“Bagi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pula, kami lihat kekuatan mantan Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang mampu merampas semula kerusi terbabit daripada pembangkan­g,” katanya.

 ??  ?? KOH
KOH
 ??  ?? DR Abu Bakar
DR Abu Bakar
 ??  ?? IDRIS
IDRIS
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia