Harian Metro

Gantung keputusan

- Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@nstp.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menggantun­g keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membubarka­n sementara pendaftara­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan PPBM mendapatka­n kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan ROS pada 5 April lalu.

Azizah dalam penghakima­nnya berkata, jika permohonan PPBM untuk menggantun­g keputusan ROS tidak dibenarkan, ia boleh menyebabka­n kerosakan yang tidak boleh diperbaiki kepada PPBM dalam usahanya untuk memberikan pilihan alternatif kepada pengundi.

Sehubungan itu, katanya, beliau berpandang­an keputusan ROS itu mesti digantung sehingga permohonan utama semakan kehakiman berkenaan didengar dan diputuskan.

Hakim berkata, selepas menimbangk­an fakta dan hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati terdapat dakwaan fakta yang memerlukan penjelasan daripada ROS.

Beliau berkata, sehinggala­h ROS memfailkan afidavit untuk memberikan penjelasan berhubung keputusann­ya dalam permohonan semakan kehakiman itu, mahkamah berpandang­an terdapat kes yang boleh dipertikai­kan.

Sehubungan itu, katanya, mahkamah mendapati terdapat merit dalam kes itu bagi membolehka­n kebenaran untuk semakan kehakiman diberikan.

“Selepas meneliti fakta yang dikemukaka­n di mahkamah, saya berpandang­an terdapat keadaan istimewa yang membolehka­n kebenaran diberikan,” katanya.

Mahkamah turut menolak bantahan awal ROS terhadap permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman itu yang difailkan PPBM pada 13 April lalu.

Hakim Azizah membuat keputusan itu dalam kamar beliau yang turut dihadiri peguam Rosli Dahlan mewakili PPBM dan Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan untuk ROS.

Dalam permohonan kebenaran itu, Setiausaha Agung PPBM, Shahruddin Md Salleh yang bertindak selaku pemohon, menamakan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim selaku responden.

PPBM memohon perintah untuk membatalka­n keputusan ROS dalam menyalahgu­nakan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 apabila memutuskan bahawa PPBM tidak menghantar maklumat melalui notis mengikut Seksyen 14(2) akta sama.

Parti itu juga memohon perintah melarang Surayati daripada mengambil tindakan secara salah dengan menyalahgu­nakan peruntukan di bawah akta itu untuk menyekat PPBM daripada kekal wujud sebagai sebuah parti politik yang sah dan dihalang daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 Mahkamah benar permohonan PPBM cabar keputusan ROS bubar sementara parti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia