Harian Metro

PPBM kekal guna logo PKR

-

Petaling Jaya: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan terus menggunaka­n logo PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) meskipun Mahkamah Tinggi menggantun­g keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membubarka­n sementara pendaftara­n parti itu.

Presidenny­a, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan mengekalka­n penggunaan logo PKR itu dibuat kerana kerjasama dalam kalangan pakatan pembangkan­g sudah memutuskan untuk menggunaka­n logo berkenaan sebelum ini.

“Dengan keputusan mahkamah hari ini (semalam), bermakna kedudukan PPBM belum dan tidak terbatal. Lagi pun kita sudah membuat persiapan awal mengenai soal kerjasama dalam pakatan yang mana kita sudah bersetuju menggunaka­n logo PKR.

“Semua calon (PPBM) yang sudah dipilih akan tetap bertanding menggunaka­n simbol PKR kerana status (parti) tidak tergugat dengan keputusan terbaru mahkamah,” katanya.

Mahkamah Tinggi semalam, menggantun­g keputusan ROS yang membubarka­n sementara pendaftara­n parti itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Majlis Presiden pakatan pembangkan­g sebelum ini sudah menetapkan penggunaan logo PKR pada PRU-14 dan ROS juga tiada halangan untuk mana-mana parti dalam gabungan itu menggunaka­n logo terbabit.

“Tidak kira apa saja status (PPBM), kita akan menggunaka­n satu logo saja iaitu logo PKR kerana ini sudah dipersetuj­ui semua pihak,” katanya. Program Ratu Hati Negaraku yang dizahirkan menerusi manifesto utama Barisan Nasional (BN) bakal menjadi platform dalam memartabat­kan kaum ibu dan wanita di negara ini. Ketua Wanitanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, golongan wanita diberikan tempat yang istimewa sebagai ratu hati Malaysia kerana berjuang bukan saja sebagai isteri, ibu, anak malah berperanan sebagai wanita bekerjaya dan suri rumah.

“Justeru, program yang akan berlangsun­g esok

(hari ini) akan dijalankan secara santai dan saya sendiri akan berkongsi dengan hadirin berhubung isi kandungan aku janji kerajaan BN jjika kami dipilih untuk memerintah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Inisiatif ini berbeza daripada tugasan kerajaan dan aku janji ini lebih spesifik yang dikhususka­n untuk membahagia­kan serta menjayakan kehidupan wanita ke arah yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Program terbabit bakal berlangsun­g di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8.15 malam.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, program itu dijangka mendapat sambutan golongan wanita yang terdiri daripada pelbagai lapisan generasi yang akan hadir untuk mendengar 25 inisiatif bagi menentukan hala tuju dan pembanguna­n agenda ekonomi wanita.

 ??  ?? MUHYIDDIN (tengah) bersama Ketua Whip Parlimen Pakatan Harapan, Datuk Johari Abdul (kanan) dan Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor.
MUHYIDDIN (tengah) bersama Ketua Whip Parlimen Pakatan Harapan, Datuk Johari Abdul (kanan) dan Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor.
 ??  ?? SHAHRIZAT
SHAHRIZAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia