Harian Metro

Kayuhan solidariti bantu Fifi raih RM12,000

-

Mukah: Kisah Nurlyana Syafina Mohamad Adika, 8, anak yatim piatu yang lumpuh separuh badan susulan kemalangan jalan raya terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Kisah keperitan hidupnya yang dipaparkan kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP) sejak sebulan lalu turut mendorong penganjur Mukah Jamboree 2018 mengadakan program kutipan dana untuk kanak-kanak berjiwa kental itu.

Ia termasuk Program Kayuhan Solidariti 2018 membabitka­n jarak 90 kilometer membabitka­n laluan Mukah - Dalat - Mukah, di sini semalam dengan keseluruha­nnya 219 peserta menyertain­ya termasuk 29 peserta Brunei Darussalam, sekali gus menyaksika­n RM12,000 berjaya dikumpulka­n.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, program kebajikan itu memberi semangat kepada kanak-kanak berkenaan terus mendepani cabaran mendatang.

“Bagi saya, setiap pusingan kayuhan itu dilihat sebagai simbol semangat adik Fifi yang cukup kental mengharung­i kehidupan di sebalik kekurangan pada dirinya, begitu juga tragedi menimpa keluargany­a.

“Malah, ikhtiar yang kita lakukan ini adalah satu amal jariah, selain memperliha­tkan betapa prihatinny­a masyarakat kita untuk saling membantu sesama kita,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Menurutnya, bantuan dan dana yang diraih melalui aktiviti amal seperti itu mendidik masyarakat untuk bersikap mengambil peduli terhadap golongan tidak bernasib baik.

Beliau turut menyatakan sebarang bentuk program seperti itu sentiasa mendapat sokongan daripada kementeria­nnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Mukah Jamboree 2018, Jamil Othman berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan terhadap adik Fifi dan bakal merancang edisi kayuhan seterusnya pada masa depan.

“Ini edisi ketiga dan jika tiada aral melintang, tahun depan kita akan lakukannya semula,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH (tengah) menyerahka­n replika cek kepada Nurlyana Syafina diiringi Jamil (kanan).
FATIMAH (tengah) menyerahka­n replika cek kepada Nurlyana Syafina diiringi Jamil (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia