Harian Metro

Kehebatan masih macam dulu

- DARI MUKA R27

Jadi, sudah tentulah peminat setia teruja mahu melihatnya beraksi di pentas. Selain itu, kehebatan vokal Saleem dalam mengalunka­n lagu badala tidak dapat dinafikan lagi.

Peminat yang berada di dalam auditorium sejak jam 8 malam sabar menanti kemunculan penyanyi yang dikenali dengan pelbagai koleksi lagu popular antaranya Suci Dalam Debu, Hakikat Sebuah Cinta dan Blues Terengganu

Kita.

Tepat jam 9 malam,

Azlee Senario selaku hos tampil membuka pentas dengan celotehnya sebelum menjemput Saleem memulakan persembaha­n.

Pemilik nama sebenar A M Salim Abd Majid ini kemudian mengalunka­n

lagu Hakikat Sebuah Cinta dan Gerhana Cinta Luka. Peminat turut sama menyanyika­n lagu yang popular pada awal 90-an itu.

Saleem seterusnya menyampaik­an lagu terbaru ciptaan Izam EYE berjudul Janggawari yang berunsur kemelayuan dan disusuli dengan medley Tinggal Kenangan dan

Cinta Tiga Segi.

Pemilihan Azlee sebagai hos juga satu keputusan bijak kerana dialog spontannya berjaya menceriaka­n suasana. Bahkan sikap ‘sporting’ Saleem yang boleh ‘melayan’ usikan Azlee membuatkan peminat tidak kering gusi.

Mereka sempat berduet menerusi lagu Kamelia sebelum mengakhiri segmen pertama bagi membolehka­n Saleem berehat buat seketika.

Segmen kedua dimulakan dengan ucapan salam kepada peminat yang hadir.

“Saya minta maaf kerana lupa bagi salam pada awal persembaha­n. Mungkin kerana terlalu teruja nak menyanyi. Saya ucapkan terima kasih kerana hadir menyokong persembaha­n ini.

“Seperti yang anda

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia