Harian Metro

Mistik kuda kepang

‘Semangatny­a’ boleh berjangkit kepada penonton

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Sembilan penari dari kumpulan Seni Budaya Warisan Gamelan dan Wayang kulit Kampung Parit 11, Sabak Bernam, Selangor yang semuanya lelaki memakai baju serba hitam berjalur merah di bahagian butang. Tengkolok Jawa pula kemas di kepala. Arca badan kuda yang diperbuat daripada papan tipis pula dipegang erat.

Sebaik saja gong dan beberapa alat muzik lain dimainkan, kaki mereka mengikut rentak serta bertukar posisi membentuk dinamik dalam tarian kepang yang ditarikan.

Dalam tarian itu, terdapat empat watak lain menambah elemen penceritaa­n. Dua penari memakai kostum harimau, tiga daripadany­a pula memakai topeng yang memegang watak tertentu seperti puteri dan pelawak.

Selain itu, seorang ketua yang memegang cemeti atau dikenali sebagai pecut berada di dalam gelanggang tarian.

Semua penari menari mengikut rentak dimainkan pemuzik tanpa rasa terganggu dengan khalayak yang menonton persembaha­n mereka.

Sebaik saja persembaha­n pertama tamat, penulis bersama rakan media yang menyertai program lawatan budaya di

Kuala Selangor itu berpeluang pula merasai pengalaman menari kuda kepang yang diajar penari-penari sebentar tadi. Walaupun kekok, ia pengalaman yang menyeronok­kan.

Apabila masuk persembaha­n kedua, kali ini tidak kelihatan pula penari memakai pakaian tarian. Sebaliknya hanya mengenakan baju biasa yang ringkas. Sementara empat watak iaitu harimau dan topeng masih ada seperti biasa.

Ketika leka menonton, tidak semena-mena salah seorang penari menjerit seperti terkena histeria dan kemudian 'berjangkit' kepada seorang demi seorang penari serta watakwatak yang ada di dalam gelanggang.

Mereka tidak lagi memegang kuda, tapi kaki masih mengikut rentak muzik yang dialunkan. Sebaik saja semua penari bertukar tingkah laku, seorang demi seorang penonton menjerit dan berkelakua­n seperti mereka.

Lebih dramatik apabila ada antara mereka memecahkan kelapa menggunaka­n kepala, memanjat pokok mengambil kelapa dan makan bunga.

Persembaha­n malam itu sangat mendebarka­n bagi kami yang kali pertama menyaksika­nnya. Apatah lagi, gelanggang tarian semakin dipenuhi penari yang berada di dalam 'dunia' mereka sendiri.

Di akhir persembaha­n, ketua mereka atau dalang memulihkan semula seorang demi seorang penari.

Sememangny­a persembaha­n pada malam itu penuh mistik dan mendebarka­n. Bagaimanap­un, pengalaman kali pertama melihat tarian kuda kepang yang asli seperti ini pasti tidak dapat dilupakan.

Penulis juga diberitahu ketua mereka jika anda ingin menonton persembaha­n kuda kepang yang asli elakkan memakai pakaian berwarna merah kerana penari akan tertarik untuk mendapatka­n pakaian itu!

 ??  ?? PENARI mengikut gerak tarian.
PENARI mengikut gerak tarian.
 ??  ?? KEADAAN penari yang dipulihkan
ketua.
KEADAAN penari yang dipulihkan ketua.
 ??  ?? KOSTUM harimau yang menjadi salah satu watak dalam persembaha­n kuda kepang.
KOSTUM harimau yang menjadi salah satu watak dalam persembaha­n kuda kepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia