Harian Metro

TOURISM MALAYSIA MENANG ANUGERAH DI CHENNAI

-

Tourism Malaysia terus mengharumk­an nama Malaysia di peringkat antarabang­sa apabila berjaya meraih Anugerah Pejabat Pelanconga­n Negara Terbaik Lain dalam majlis Anugerah Tamil Nadu di Chenai, India baru-baru ini.

Anugerah diraih tiga tahun berturut-turut itu diberikan bagi menghargai keupayaan pejabat Tourism Malaysia yang mudah diakses dan mesra membantu orang ramai berkaitan pelanconga­n.

Selain itu, Tourism Malaysia turut menyokong langkah peningkata­n sambungan penerbanga­n dari Chennai dan Bengaluru ke Malaysia. Malah, turut bekerjasam­a rapat dengan Singapura Airlines untuk meningkatk­an jaringan penerbanga­n dari Malaysia dan Singapura ke India.

Pada majlis itu, Pengarah Tourism Malaysia Selatan India dan Sri Lanka, Noor Azman Samsudin menerima anugerah berkenaan daripada Pengarah Serantau Kementeria­n Pelanconga­n India, Sanjay Shrivats.

Anugerah Tamil

Nadu menyediaka­n lebih 130 anugerah bagi mengiktira­f antaranya pemilik hotel, syarikat penerbanga­n, restoran, pemilik produk pelanconga­n, ejen pelanconga­n, institusi pendidikan pelanconga­n dan media.

Setiap pemenang anugerah dipilih menerusi pencalonan secara atas talian dan diundi orang awam serta rakan perdaganga­n pelanconga­n.

Dalam edisi sebelum ini, Tourism Malaysia pernah meraih kemenangan dalam Anugerah Destinasi Jelajah Antarabang­sa Terbaik pada 2015 dan merekodkan kemenangan yang sama pada tahun ini.

 ??  ?? NOOR Azman (empat dari kiri) menerima Anugerah Anugerah Pejabat Pelanconga­n Negara Terbaik dalam majlis Anugerah Tamil Nadu di Chenai, India.
NOOR Azman (empat dari kiri) menerima Anugerah Anugerah Pejabat Pelanconga­n Negara Terbaik dalam majlis Anugerah Tamil Nadu di Chenai, India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia