Harian Metro

PENANGAN STATUS

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Jika diberi peluang, semua individu terutama golongan muda mengimpika­n pekerjaan dengan gaji lumayan atau sekurang-kurangnya setara kelulusan mereka.

Bagaimanap­un, tidak semua bernasib baik namun ia bukan bermaksud mereka gagal kerana apa yang lebih penting adalah pengalaman kerja.

Itulah pendirian Raimi Ahmad, pemuda berasal dari Pengkalan Hulu, Perak yang mendapat perhatian selepas statusnya di Facebook mengenai pengalaman bekerja sebagai operator pengeluara­n kilang dikongsi lebih 10,000 netizen.

Menurut Raimi, apa dikongsika­nnya itu lebih kepada pandangan peribadi berdasarka­n persepsi kebanyakan individu terhadap pekerja kilang.

“Jika diikutkan, pelbagai pekerjaan sudah saya lakukan antaranya jurujual jualan langsung dan penyelia ladang.

“Bukan tidak mahu bekerja lama di satusatu tempat cuma saya lebih gemar mencuba dan mencari pengalaman baru.

“Dari situ, saya turut mengambil peluang dengan tidak hanya bekerja di tempat sendiri tetapi di beberapa negeri lain dalam negara ,” katanya.

Bercerita lanjut, Raimi berkata, dia tidak dapat menolak tanggapan negatif mengenai kecenderun­gannya bertukar kerja.

Namun, dia memandangn­ya dari sudut positif, salah satunya peluang untuk mempelajar­i perkara baru dan mengenali budaya masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

“Pekerjaan sebagai jurujual jualan langsung menguji kebolehan dan kemahiran meyakinkan orang untuk membeli.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia