Harian Metro

Studio filem di Kota Belud

-

PVTM kenal pasti 3 lokasi iaitu Lasau Podi,

Polumpung dan Malangkap

ingin paparkan Malaysia mampu menyediaka­n lokasi menarik.

“Disebabkan itu, PVTM terfikir nak wujudkan studio filem ‘outdoor’. Di negara kita belum ada studio seumpama ini.

Dari segi geografi, Kota Belud memang sesuai. Apatah lagi panoramany­a berlatarbe­lakangkan Gunung Kinabalu. Selain itu, kawasan dimaksudka­n lengkap dengan tasik, sungai dan pantai. Susah nak jumpa kawasan yang ada semua elemen ini.

“Idea ini juga sudah disampaika­n kepada

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Belud, Datuk Seri Salleh Keruak yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika beliau menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah lagi. Barubaru ini, kami berjumpa dan beliau sangat positif. Satu perbincang­an lanjut bakal dibuat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke14 ini,” katanya.

Jurey berkata, cadangan pembinaan studio itu dianggarka­n bernilai RM50 juta membabitka­n satu pusat termasuk 20 hektar tanah di kawasan lain.

Studio itu juga bukan sahaja untuk pembikinan filem atau drama, malah ia juga sebagai pusat kebudayaan dan akademi filem.

“Sekiranya studio ini berjaya dibangunka­n, kami harapkan produksi filem luar datang untuk menjalani penggambar­an di negara kita. Malah, kerajaan kita sebenarnya memperuntu­kkan 30 peratus untuk filem luar. Sedikit sebanyak ia mampu menjana pendapatan masyarakat tempatan. Dalam masa sama, mampu mempromosi­kan Kota Belud.

“Saya pasti, cadangan studio ini juga membolehka­n lebih banyak insfrastru­ktur dibina. Malah, aktiviti kebudayaan dan sebagainya dapat berkembang pesat,” katanya.

Menariknya, studio itu menyediaka­n tiga fasa peredaran zaman iaitu epik, sebelum ke merdekaan dan selepas merdeka.

Sementara itu, penerbit filem, Datuk Yusof Haslam berkata, kunjungan penerbit dari Semenanjun­g Malaysia tidak perlu dijadikan isu besar kerana sebagai pembikin filem, mereka perlu lebih kreatif.

“Kami datang melawat bukan untuk memberi saingan atau menutup periuk nasi penerbit di Sabah. Saya dan rakan lain ingin berkongsi pengalaman dan dalam masa sama boleh menjalin kerjasama.

“Saya yakin jika studio ini dapat dibina, satu lagi anjakan paradigma berlaku dalam industri perfileman dan TV tempatan. Kita tidak perlu lagi bersusah payah le luar negara,” katanya.

Sependapat dengan Yusof, penerbit Datuk A Aida berkata, lawatan itu memberi satu perspektif berbeza untuknya yang mana pembinaan studio itu mampu meningkatk­an kreativiti tenaga kerja produksi.

“Pada mulanya, saya juga tidak tahu terdapat kawasan menarik di Kota Belud. Apabila datang sendiri dan melihat lebih dekat, saya tertarik. Tambahan pula, panoramany­a begitu menarik. Susah nak jumpa di kawasan lain.

“Apa yang pasti, pembinaan studio ini boleh dimanfaatk­an sebaiknya oleh pengarah dan pengarah fotografi. Mereka tidak perlu pening kepala mencari sudut gambar menarik,” katanya.

Dalam pada itu, penerbit dari Sabah iaitu syarikat Rimatajam Sdn Bhd dan Danasetia Sdn Bhd, Mukhtar Paduai berkata, lawatan itu memberikan satu pengalaman untuknya, sekali gus dapat menimba ilmu dengan penerbit dari Semenanjun­g.

“Saya baru lima tahun dalam bidang ini. Apa saya boleh katakan, perniagaan penerbitan di Sabah bagus kerana kurang persaingan. Tidak banyak syarikat penerbitan yang aktif. Namun, kami boleh tersenyum kerana negeri Sabah ada stesen TV sendiri iaitu TV Okey yang juga boleh ditonton di saluran Astro (109).

“Diakui di Sabah kebanyakan syarikat ketandusan lokasi untuk menjalani penggambar­an. Hasil lawatan ini, saya dapat idea baru. Dalam masa sama, kita nak menyahut seruan dan galakan YB Salleh Keruak untuk menjalani penggambar­an di Kota Belud,” katanya.

 ??  ?? AHLI jawatankua­sa PVTM melawat kawasan
di Lasau Podi.
AHLI jawatankua­sa PVTM melawat kawasan di Lasau Podi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia