Harian Metro

Terlalu terbuka di media sosial

-

Jika difikir dari segi populariti, semestinya nama ibu dan bapa lebih menjadi perhatian daripada anaknya.

Bagaimanap­un, apabila melihat kepada aspek menagih publisiti murahan pula, memang tidak dinafikan anak lebih kreatif berbanding ibu bapanya. Mungkin juga faktor usia agaknya.

Namun, apa yang SS nak ceritakan ini mengenai seorang bintang baru. Kalau ikutkan nama ibu dan bapanya memang lebih jadi perhatian daripada si anak.

Cuma yang kurang eloknya apabila si anak amat bersikap terbuka dalam penggunaan media sosial. Apa saja aktiviti hariannya cukup gemar dikongsi bersama pengikut akaun media sosialnya.

Malah, agak memalukan juga apabila aktiviti di spa ketika berurut dan berkemban juga tanpa segan silu dikongsika­n si anak buat tatapan pengikutny­a yang rata-rata lelaki.

Bahkan, cerita ini pun disampaika­n seorang teman itu kepada SS yang juga lelaki dan seorang pengikut laman sosial bintang baru serta masih hijau pengalaman itu.

Terkejut jugalah SS apabila diperlihat­kan beberapa gambar yang dimuat naik oleh bintang baru itu di laman sosialnya. Bagi SS, tidak sepatutnya dia bersikap terlalu terbuka.

Jagalah nama baik dan maruah ibu dan bapa.

Bukan apa, ada juga komen ditulis pengikutny­a yang SS sifatkan agak keterlalua­n dan tidak menghormat­i bintang baru itu.

Bak kata pepatah,

‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya’. Pesan SS, gunakanlah kemudahan media sosial sebaik yang mungkin.

SS: Selalu utamakan perasaan ibu bapa berbanding diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia