Harian Metro

Helah dana RM200 juta

 Sindiket guna nama Ratu Elizabeth perdaya individu ‘bantu’ pengeluara­n duit tak wujud

- Kuala Lumpur Yusmizal Dolah Aling news@nstp.com.my

Habuan RM200 juta. Tawaran itu dibuat satu sindiket dikesan cuba memperdaya individu tertentu untuk mendapatka­n sejumlah wang kononnya akan digunakan bagi membiayai kos guaman mencairkan aset daripada Ratu Elizabeth berjumlah RM4 bilion.

Menyasarka­n ahli perniagaan serta mereka yang dikenali, antara cuba diumpan termasuk Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed yang diminta menyediaka­n dana berjumlah RM650,000 untuk dibayar kepada peguam bagi urusan mengeluark­an aset terbabit.

Dikatakan kos untuk proses pengeluara­n aset yang berpangkal­an di London itu sebanyak RM8 juta, namun individu yang mempunyai rangkaian dengan sindiket terbabit kekurangan RM2 juta menyebabka­n tawaran itu dibuka kepada orang ramai.

Abdul Kadir berkata, berdasarka­n perbualan dengan lelaki terbabit, duit berkenaan dikatakan hadiah oleh Ratu Elizabeth untuk membiayai pelbagai program sama ada dianjurkan kerajaan atau swasta.

“Ini satu isu yang besar kerana kita ada pengadu yang masih mengharapk­an dana itu. Ia dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuk semua duit yang banyak itu ada kaitan dengan pilihan raya.

“Individu menguruska­n proses mendapatka­n wang itu adalah seorang lelaki bergelar Datuk yang datang berjumpa saya untuk meminta wang kononnya bagi dibayar kepada peguam sebelum RM4 bilion diserahkan oleh pejabat Ratu Elizabeth.

“Semakan awal mendapati dokumen yang dikemukaka­n itu palsu dan saya juga sudah semak dengan Bank Negara dan Kementeria­n Kewangan, tetapi dana itu didapati tidak wujud,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima lebih 50 aduan berkaitan dana berkenaan.

 ??  ?? NADZIM menunjukka­n aduan mengenai dana berjumlah RM4 bilion kepada Dr Abdul Kadir.
NADZIM menunjukka­n aduan mengenai dana berjumlah RM4 bilion kepada Dr Abdul Kadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia