Harian Metro

Kuat cekik darah

- Yusmizal Dolah Aling cnews@nstp.com.my

 Penunda kereta tidak berdaftar kenakan caj berlebihan

Waspada dengan kewujudan individu menyamar sebagai penunda kereta yang mengenakan caj melebihi harga sepatutnya kerana ingin memperdaya­kan pengguna dan mengaut keuntungan mudah.

Tanpa berdaftar dengan mana-mana persatuan berkaitan, mereka dikesan bergerak secara bebas, tidak mempunyai prosedur operasi standard dan meletakkan harga yang tinggi berbanding kadar biasa dikenakan kepada orang ramai.

Mendedahka­n perkara itu, Pertubuhan Kebajikan Callman (PERCAMAS) Ramlan Ramli berkata, sejak ditubuhkan Disember tahun lalu, pihaknya menerima banyak aduan mengenai salah laku penunda kereta

SeMalaysia seperti mengenakan caj tinggi, bertindak kasar serta menipu pengguna.

Katanya, semakan mendapati ramai penunda kereta yang tidak berdaftar menyebabka­n mereka tidak ada garis panduan di dalam perkhidmat­an dan gemar mengambil tindakan sendiri yang akan memberi masalah kepada pengguna.

Menurutnya, PERCAMAS memberi fokus untuk memberikan khidmat terbaik kepada pengguna dan pada masa sama menjaga kebajikan penunda kereta yang berdaftar.

“Ia satu tanggungja­wab besar kerana sejak lebih 35 tahun lalu, tiada pihak tampil untuk menjadi penaung kepada penunda kereta menyebabka­n mereka tiada tempat mengadu terutama apabila membabitka­n masalah dalam pekerjaan.

“Kita juga kumpulkan maklumat mengenai penunda kereta dan akan berikan sijil penghargaa­n kepada mereka kerana jasa dan kebajikan yang dilakukan. Ini sebagai nilai tambah kepada perkhidmat­an yang selama ini hanya dilakukan di jalanan,” katanya.

Pelancaran PERCAMAS disempurna­kan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan di Wangsa Maju, di sini, Rabu lalu.

Sementara itu, Nadzim berkata, sebagai langkah jangka panjang, pihaknya mencadangk­an diwujudkan kerjasama antara pusat pengajian tinggi dan PERCAMAS untuk mengadakan pensijilan bagi kerjaya penunda kereta.

Katanya, ia bagi memastikan pengguna tidak ditindas mana-mana pihak ketika berurusan dengan mereka selain orang ramai juga dapat gambaran jelas mengenai kerjaya penunda kereta yang diiktiraf di peringkat nasional.

“Saya memuji langkah menubuhkan persatuan ini bagi mengiktira­f tugas penunda kereta yang saya anggap tidak jauh beza dengan Angkatan Pertahanan Awam yang banyak membantu orang ramai,” katanya.

 ??  ?? NADZIM (tengah) ketika melancarka­n PERCAMAS di Wangsa Maju, semalam.
NADZIM (tengah) ketika melancarka­n PERCAMAS di Wangsa Maju, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia