Harian Metro

Penagih dadah samun pekerja ladang ayam

-

Bukit Mertajam: Terdesak kerana mahu membeli dadah, dua lelaki nekad menyamun seorang pekerja ladang ternakan ayam di Kampung Kuala Tasik, di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, hanya selepas tiga jam melakukan perbuatan jahat itu, seorang daripada suspek berusia 20 tahun berjaya diberkas polis manakala seorang lagi masih diburu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek meluru masuk ke bangsal yang dijadikan tempat tinggal pekerja ladang ternakan ayam terbabit.

Menurutnya, ketika itu mangsa, seorang lelaki Nepal berusia 33 tahun berada dalam bangsal berkenaan dan suspek terus meminta telefon bimbitnya.

“Mangsa

bagaimanap­un berkeras enggan memberikan telefon bimbitnya, namun suspek yang berang terus mengeluark­an parang dan mengacukan ke arahnya.

“Mangsa yang takut dicederaka­n terus memberikan telefon bimbitnya itu dan suspek kemudian berlari keluar serta mengunci pintu dari luar,” katanya. Melaka: Seorang wanita diseret tiga meter selepas beg tangannya diragut berhampira­n sebuah pasar raya di Jalan Lagenda di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 37 tahun ke pasar raya itu bersama suami dan tiga anaknya berusia antara lapan hingga 10 tahun.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai San berkata, mereka tiba di pasar raya itu jam 7 malam untuk membeli barangan keperluan harian sebelum bergerak ke kawasan parkir kenderaan.

“Ketika itu, kami memasukkan barangan yang dibeli ke dalam kereta, sebelum didatangi motosikal ditunggang seorang lelaki.

“Kejadian berlaku pantas, tiba-tiba beg tangan saya diragut sehingga terjatuh dan terseret sejauh tiga meter,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagaimanap­un katanya, beg tangan yang dipegang erat di tangan kiri tidak sempat diragut tetapi dia kecewa kerana gagal mengecam nombor pendaftara­n motosikal berkenaan disebabkan keadaan gelap.

 ??  ?? NIK Ros Azhan
NIK Ros Azhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia